Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
mawar

“Sedar Ni Kekurangan”- Belajar Iqra, Ingin ‘Mengaji’ Dengan Lancar, Mawar Akui Tidak Malu!

Siti Zulk by Siti Zulk
3 years ago
in Hiburan
Reading Time: 1 min read

Selebriti Mawar Rashid yang kini sedang sarat mengandung berkongsi sesuatu yang mencuri perhatian ramai apabila dia mengatakan sedang belajar mengaji yang mana dia ingin mengaji dengan lancar.

BACA: [VIDEO] Tular Rakaman Lelaki Mandi Dalam Tangki Air Restoran!

Mawar punya goals..

Mawar menerusi Instagram berkata tidak malu untuk jujur apatah lagi dia tidak ingin menipu diri sendiri dan orang lain. Bagaimanapun, kata Mawar dia boleh membaca Al-Quran namun ingin melancarkan lagi.

Mawar yang memulakan dengan belajar Iqra dan seterusnya membaca Al-Quran bersama-sama guru mengaji membuatkan netizen mendoakan usaha Mawar.

View this post on Instagram

Memperkenalkan ustazah Mawar. Dia sama umur Mawar, and dia pun tengah pregnant sama bulan dengan Mawar. Sepanjang Mawar pregnant ni, Nad ni la jadi guru mengaji Mawar, lepas blajar iqra, we all sama2 baca Al-Quran untuk baby we all.. Memang niat Mawar sbelum pregnant lagi nak belajar balik untuk mengaji dengan lancar, agar Mawar lebih dekat ngan Al-Quran. Tapi Mawar tak sempat lagi menguruskan masa Mawar atas urusan kerja yang terlalu padat. Jadi Mawar ambil kesempatan time preggy ni, untuk memulakan kelas mengaji yang telah lama ada dalam niat hati Mawar ni. Insyaa’Allah akan maintain kelas mengaji atau kelas apa2 demi menambahkan ilmu pengetahuan agama sampai bila2 pun tak apa. Itu hajatnya la, kita perlu dream big kan. Hehe.. Sebelum ni Mawar memang boleh baca Al-Quran, jangan salah faham ye, tapi tak beberapa lancar. Mawar tak malu untuk share sebab Mawar sedar ni kekurangan Mawar. Buat apa kalau kita nak bangga dengan benda yang kita tak pandai/ tak ada kan? Biar hati ni jujur daripada kita menipu diri sendiri dan orang lain. Mawar punya goals, belajar sampai dapat baca Al-Quran dengan lancar, dan dapat menghayati ayat2 yang Mawar baca. Insyaa’Allah 💗 And Mawar share ni agar dapat memberi semangat kat org luar di sana yang kita tidak pernah terlambat untuk memulakan sesuatu yang baik. Mawar doakan agar kita semua sentiasa istiqamah(berterusan) hingga ke akhir hayat 💕 • My dress from @psychedelicstore

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on Mar 10, 2019 at 3:34am PDT

Mawar juga berkata dia berkongsi perkara ini agar dapat memberi semangat kepada masyarakat bahawa tidak pernah terlambat untuk memulakan sesuatu yang baik.

Di ruangan komen, pastinya ramai berkongsi rasa syukur dengan perkongsian Mawar kepada followers di Instagram sehingga kini ia meraih lebih 50 ribu likes.

Semoga dipermudahkan

Screenshot_24 Screenshot_25

Sumber: Mawar Rashid

Trending

Ryan
Hiburan

“Power editing”- Cubaan wanita ambil ‘followers’ Ryan Bakery bikin ribuan netizen tergelak

22 hours ago
kereta pengunjung MAHA
Kehidupan

Kecoh Dakwaan Kereta Pengunjung MAHA Kena Tunda, “Senang2 Buat Duit”

1 day ago
Ryan
Hiburan

“Mana ada skrip”- Ryan Bakery cerita pengalaman dalam Sepahtu Reunion Live

2 days ago
mak cik
Kehidupan

Temu Bual Isu Lif Rosak, Komen ‘Win’ Dari Mak Cik Ini Pula Jadi Perhatian

1 day ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia