in

“Alhamdulillah Kes Saya..”- Gaji Sudah ‘Dibayar’, Bekas Pemandu Minta Henti Kecam Che Ta Tapi..

che ta3

Sejak semalam, kecoh di media sosial mengenai isu tidak dibayar gaji oleh bekas pemandu selebriti terkenal, Che Ta. Bagaimanapun menurut lelaki tersebut, dia sudah menerima gaji yang sepatutnya.

BACA: “Kudrat Dia Hang Dah Guna..”- Dikecam Netizen! Pemandu Luah ‘Gaji Tak Dibayar’, Dibidas Che Ta

Alhamdulillah kes saya ni dah settle..

Gara-gara isu tersebut, timbul pula pelbagai kecaman terhadap Che Ta atau Rozita Che Wan di laman sosial namun lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Riduan meminta agar tidak lagi dan berhenti untuk mengecam selebriti terbabit.

Menurutnya, kes dia sudah selesai jadi dia meminta agar Che Ta tidak lagi dikecam menerusi Facebook mahupun akaun Instagram milik pelakon terbabit.

Assalamualaikum Sahabat semua, Alhamdulillah kes saya ni dah settle dengan berkat doa dan bantuan anda semua gaji saya…

Posted by Muhammad Riduan II on Wednesday, March 6, 2019

Bagaimanapun, menerusi sumber Berita Harian pula, dakwaan bekas pemandu yang dikatakan dianiaya apabila tidak dibayar gaji adalah tidak benar.

Tidak benar dan memalukan

“Saya sudah membayar gajinya hari ini, tetapi apa yang dia lakukan dengan mengada adakan cerita tidak benar dan memalukan, kami akan ambil tindakan tegas.

“Kami sudah berhubung dengan peguam dan mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka, selain saman malu kerana perbuatannya itu menjatuhkan air muka kami,” ujar Che Ta.

Kata Che Ta, dia tidak membayar gaji disebabkan tidak sempat untuk masuk ke pejabat berikutan sibuk dengan urusan kerja.

Saya terlambat bayar memandangkan..

“Gajinya pada bulan pertama dibayar seperti biasa, cuma untuk bulan lalu, saya terlambat bayar memandangkan tidak sempat masuk ke pejabat. Kebiasaanya, saya akan bayar gaji setiap hujung bulan atau selewat-lewatnya sebelum hari ketujuh bulan seterusnya.

“Cuma bulan lalu, saya banyak urusan kerja luar dan tidak sempat masuk pejabat. Baru semalam saya masuk pejabat untuk menyelesaikan semua urusan, termasuk bayaran gaji. Tidak sangka, tiba-tiba dia tularkan isu ini.”

51910998_2018153954973812_1009750708311170265_n

Che Ta juga mendedahkan pekerjanya itu tidak menunjukkan prestasi kerja yang baik apatah lagi acap tidur disebabkan kurang rehat akibat membuat kerja lain. Namun selebriti ini tidak menghalang namun jangan sampai menganggu pula tugas sebenar.

Sumber: Muhammad RiduanBerita Harian

remaja dikurung disangkar anjing main

Kejam! Gadis Ini Dikurung Dan Dilayan Tidak Ubah Seperti Anjing!

nd

[FOTO] “Pretty..”- Ini Sekitar Majlis Sambutan Hari Jadi Nora Danish, Meriah & Meletop!