in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Bikers Kental 2 ‘Hidangkan’ Lebih Drama, Penuh Aksi Dan Pastikan Korang Berdekah!

main bikers kental 2

Bikers Kental, sebuah filem yang pernah mendapat perhatian ramai ketika tayangannya pada tahun 2013. Sebuah filem aksi komedi arahan Helmi Yusof, Bikers Kental kini hadir dengan siri kedua, Bikers Kental 2 yang akan memulakan tayangannya pada 14 Mac 2019.

Barisan Pelakon Hebat!

Saya sendiri sempat menghadiri acara tayangan awal filem ini. Pada awalnya saya sudah boleh mengagak filem ini pastinya santai dan penuh jenaka. Lebih-lebih lagi apabila melihat barisan pelakonnya yang terdiri daripada Zizan Razak, Afdlin Shauki, Dato’ Awie dan lain-lain.

Jika dilihat pada Bikers Kental yang pertama, filem ini pastinya tidak akan mengecewakan kerana ada aksi dan komedi yang bersahaja dari barisan pelakonnya.

Bikers Kental 2 poster

Jalan ceritanya juga ringkas, tidak perlu banyak berfikir. Sesuai buat korang yang mahukan hiburan dan menonton filem ‘ringan’.

Walaupun jalan ceritanya ringkas, namun pasti korang akan tertanya-tanya apakah kesudahannya cinta Bidin Al Zaifa (Zizan Razak) dan buah hatinya, Cherry Porntit.

zizan and cherry

Kisah Sambungan Bikers Kental Pertama.

Di awal cerita ini memaparkan Pornthaliwat Thani (Bront Palaare) yang baru keluar dari penjara dan disambut oleh pembantunya, Alburque D Al Capon (Amerul Affendi). Nak dijadikan cerita mereka berdua diculik oleh ketua gangster yang mahukan duitnya kembali.

bikers kental 2 1

Namun Pornthaliwat ditembak mati dan tinggallah Alburque berseorangan untuk mencari Bidin Al Zaifa yang mengambil duit mereka di dalam filem yang pertama. Bermula dari situlah Alburque kembali bersemangat untuk mencari Bidin.

Penggembaraan Solo Bidin Ke Hatyai.

Kemudian muncul pula watak Bidin Al Zaifa yang mempunyai cita-cita untuk mengahwini teman wanitanya, Cherry. Jadi dari sinilah penggembaraan Bidin ke Hatyai untuk bertemu keluarga Cherry bagi meminta restu.

Berseorangan menunggang motosikal kesayangannya, Aprilla RSV4 untuk bertemu kekasih hatinya kerana teman-temannya yang lain tidak dapat menyertai penggambaraannya kali ini.

IMG_20181218_203737

 

Macam biasalah kalau Zizan Razak yang berlakon, ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati sepanjang perjalannya itu. Setibanya di Danok, ketika Bidin berhenti untuk makan dia terserempak dengan musuhnya Alburque. Bermulalah aksi kejar-mengejar yang cukup mendebarkan.

Watak Abang Cherry, Ananda.

Bidin akhirnya berjaya meloloskan diri. Dipendekkan cerita, cinta Bidin dan Cherry terhalang oleh abang Cherry, Ananda (Pont Cranium). Ananda tidak suka dengan Bidin dan dia mahu sangat melindungi adiknya itu. Lebih teruk lagi Ananda juga adalah juara Muay Thai di Thailand.

Memang penuh mendebarkan! Untuk tidak spoilerkan korang, sampai sini sahajalah saya ceritakan jalan cerita mengenai filem ini.

Babak Lawak.

Tapi ada beberapa babak yang memang boleh buat korang ketawa berdekah! Antaranya bila Bidin, Eddie dan Aidid diserang ketika makan di sebuah kedai di Thailand. Aksi lasak bertumbuk dengan kumpulan penjahat memang nampak ‘real’. Tapi Bidin hanya berdiri tanpa berbuat apa-apa. Hanya acah-acah berlawan. Lepas itu mengaku dia paling hebat.

Ada juga babak di mana Aidid yang tidak habis-habis mahu mencari jodohnya di Thailand dengan membawa sekeping foto wanita bertudung yang digunting berlubang pada mukanya. Berdasarkan foto itu, dia mula mencari awek Siam yang sesuai jika bertudung.

Awie dan Afdlin dalam Bikers Kental 2

Sepanjang filem ini ditayangkan korang pasti tidak akan kering gusi dengan babak-babak kelakar yang cukup bersahaja dari pelakon-pelakon berbakat besar ini! Malah korang akan tertanya-tanya apakah kesudahan kisah cinta Bidin dan Cherry.

Akhir Kata.

Kesimpulannya, filem ini memang penuh dengan aksi yang memang nampak real, penuh dengan lawak santai tapi dalam masa sama memberikan pengajaran secara ‘halus’ kepada penonton.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang menyaksikan filem Bikers Kental 2 di pawagam berhampiran bermula 14 Mac 2019!

What do you think?

-2 points
Upvote Downvote
shuk

[VIDEO] “Suami Aku Dah Curang Lagi Sekali..”- Persembahan Shuk & Wan Sharmila Pula Dipuji Terbaik!

bella astillah

[VIDEO] “Nanti Diari Ramadan Rafique Awak Nyanyi Tak..”- Lagu ‘Mendalam’, Bella Nyanyi Dipuji Suaranya Juara