in

[FOTO] Pengantin Lelaki Pilih Pakai Sut Kamen Rider Untuk Sesi Fotografi Kahwin Mereka Tarik Perhatian Netizen!

kamen rider kahwin main

Setiap orang mahukan gambar perkahwinan mereka yang cukup menarik untuk dijadikan memori di masa hadapan. Begitu juga buat pasangan ini, Alif Hakim Azhar, 27 bersama isterinya.

BACA: [VIDEO] Perkongsian Heliza Helmi Ketika Di Bumi Palestin Ini Buatkan Ramai Yang Mengalir Air Mata Keinsafan

Sut cosplay watak Kamen Rider Faiz disarungkan oleh pengantin lelaki ini di sesi fotografi majlis perkahwinannya mula tular sejak di media sosial selepas dikongsikan olehnya sendiri beberapa hari lalu.

D0-_N1AUwAADiP9

Menerusi laporan Kosmo Online!, Alif tidak menyangka foto yang dimuatnaik olehnya di akaun Twitter menjadi tular.

Tambahnya lagi, dia memilih sut itu adalah sebagai tanda menzahirkan minatnya terhadap adiwira dari negara Jepun itu pada hari perkahwinannya.

D0-_N0_V4AAatdj

Bila dia memberitahu isterinya, Nor Afizam Mohd. Utama, 25 berkenaan niatnya untuk memakai sut Kamen Rider Faiz, dia terus memberikan sokongan.

Malah keluarganya pun sama kerana mereka cukup memahami minat saya pada Kamen Rider Faiz.

D0-_N1BU0AAQ7tL

Seluruh kos untuk sut cosplay itu menelan belanja RM3,000 dan melalui sut itu juga dia turut terlibat dengan kerja-kerja amal mengutip derma bagi bantu golongan kurang bernasib baik.

D0-_N1AU0AEJ-Y2

Alif Halim yang bekerja sebagai kerani pentadbiran di Pasir Pekan berharap usaha murni ini terus mendapat sokongan daripada keluarga dan masyarakat.

Sumber: Kosmo Online! / Alif Hakim Azhar

remy

[FOTO] “Gua Respect..”- Biarpun ‘Artis’, Hafidz Roshdi & Remy Ishak Dipuji Jaga Solat

ulat parkir main

Pendapatan Ulat Parkir Cecah RM350 Sehari. Amboi Mewah!