in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Hanya Kerana Bermain PUBG, 10 Individu Ditahan Polis!

3-Skill-Bermain-PUBG-yang-Wajib-Kamu-Kuasai-Selain-Membidik

Seminggu selepas pengumuman mengenai pengharaman permainan dalam talian PUBG, polis di India telah menahan 10 individu yang gagal mematuhi peraturan baru itu.

BACA: [VIDEO] Penyelam Berdepan Detik Cemas Ditelan Paus Namun Terselamat Selepas Ikan Itu Muntahkannya Semula!

Ini adalah penahanan pertama di India selepas kerajaan pusat mengharamkan beberapa jenis permainan di dalam talian.

Enam daripada pesalah pemain permainan itu ditahan di Kolej Atmiya, tiga yang lain di tahan di persimpangan Raiya dan panggung wayang Galaxy serta seorang lagi di Menara Neptune. Kesemuanya dituduh bermain permainan PUBG di tempat awam.

Seorang lelaki yang ditahan adalah pekerja biasa dan seorang lagi pula adalah penganggur. Polis turut memaklumkan kesemuanya sedang dalam proses untuk dibebaskan dengan jaminan.

Menurut Pesuruhjaya polis di bandar itu, 12 kes sudah dilaporkan setakat ini.

pubg ditahan

“Namun ia adalah kesalahan yang boleh diikat jamin. Individu yang bersalah dituduh dan tiada yang ditahan di dalam lokap setakat ini. Melalui prosedur, mereka akan terus menerima ikat jamin dari polis. Kes kemudiannya akan dibicarakan di mahkamah,” ujarnya.

Polis berkata telefon bimbit milik mereka telah dirampas untuk tujuan siasatan. Selain itu penahanan ini juga adalah bertujuan untuk menegaskan berita pengharaman permainan PUBG adalah serius. Bukan hanya khabar angin.

pubgvoegtbinnenkort_2406973b

“Permainan ini boleh buat orang ketagih dan dikatakan kerana terlalu khusyuk bermain, pesalah tidak sedar ada anggota kami yang menegur mereka.

Berita pengharaman permainan PUBG dan Momo Challenge diumumkan oleh pesuruhjaya polis, Manoj Agarwal. Kedua-dua permainan ini dipercayai memberikan kesan buruk kepada pemain terutamanya anak muda dan pelajar sekolah.

Sumber: Indianexpress / timesofindia

What do you think?

0 points
Upvote Downvote
ajak

“Ayunk Tengok2 Kan La Meter Tu..”- Ajak Shiro ‘Risau’ Minyak Habis, Buat Video Lucu Buat Isteri.

cik T dalam gayong main

[VIDEO] “Siap Main Cak Cak Lagi” – Rakaman ‘Cik T’ Dalam Penceduk Makanan Di Restoran Tarik Perhatian Netizen