in ,

Ibu Cedera Didera Dan Dikurung Anak Serta Menantu Berjaya Diselamatkan. Kesiannya…

main ibu tua didera

Jika seorang ibu mampu membesarkan 10 orang anaknya, belum tentu 10 orang anak boleh menjaga ibunya dengan baik setelah tua kelak. Itu antara ayat yang biasa kita dengar mengenai jasa seorang ibu yang tiada tolak bandingnya.

BACA: Keadaan Semakin Meruncing, Akhirnya Semua Sekolah Di Pasir Gudang Tutup!

Hari ini berita mengenai seorang warga emas yang diselamatkan jiran setelah dikurung dalam rumah oleh anak dan menantunya cukup menyayat hati. Bukan sahaja dikurung malah turut mengalami kecederaan di beberapa bahagian tubuh dipercayai didera.

Jiran Selamatkan…

Warga emas itu diselamatkan selepas dia meminta bantuan jirannya ketika dua anak dan menantunya tiada di rumah mereka di tingkat 12 di Flat Sri Desa Wawasan, Bukit Mertajam.

71552497008_ibutuadidera

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, jiran warga emas itu terpaksa memotong kunci pintu jeriji rumah berkenaan sebelum menghubungi polis, ambulans dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

Cedera Dibeberapa Bahagian Tubuh.

Warga emas itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk dapatkan rawatan lanjut berikutan terdapat beberapa kecederan di bahagian belakang badan, tangan dan kepalanya.

Malah kerana kekangan kewangan, anak dan menantunya jarang memberi warga emas ini makanan.

ibu tua didera

Anak Masalah Mental.

Berdasarkan maklumat daripada JKM, dua anak lelaki warga emas itu menerima bantuan daripada jabatan berkenaan dan mereka mempunyai masalah mental dan tidak bekerja.

Manakala menantu perempuan mangsa juga adalah orang kurang upaya (OKU) dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Susulan itu, polis telah menahan dua anak lelaki dan menantu perempuan warga emas berkenaan yang berusia 40-an bagi membantu siasatan.

Alahai sedihnya nasib warga emas ini. Sudahlah dikurung, turut didera pula. Apalah pengakhiran buatnya nanti. Mujur ada jiran yang membantu. Inilah pentingnya hidup berjiran!

Sumber: mStar

pencemaran kimia sekolah tutup main

Keadaan Semakin Meruncing, Akhirnya Semua Sekolah Di Pasir Gudang Ditutup!

bela1

“Sure Meletop Kebabom..”- Muat Naik Foto, Bella Astillah Diminta ‘Berlakon’ Tapi Ini Jawapan..