in

“Isteri Saya Sudah Lalui Macam-Macam.. Saya Berasa Sangat Bersalah..”- Aliff Aziz

ALIFF1

Kontroversi membabitkan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz masih lagi hangat diperkatakan ramai setelah dia dikatakan curang bersama pelakon, Oktovia Manrose. Bagaimanapun menurut Harian Metro, Aliff mengaku kesalahannya yang mana dia akui ia berpunca dari dirinya.

BACA: [FOTO] “Kalau Awak Rasa Bahagia..”- Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Buat Hal Lagi? Kali Ini Mabuk Dengan Pelakon..

Mohon maaf

“Setiap kesalahan yang terjadi ada punca. Dalam kes saya, saya mengakui menjadi punca kepada semuanya. Perkara sebenar pun sudah terbukti. Jadi saya ingin memohon maaf kepada semua. Bagi saya perlu untuk akui jika ia memang salah,” ujar pelakon ini.

Saya kesal..

Menerusi sumber juga, Aliff berkata status dimuat naik oleh isterinya, Bella Astillah adalah benar meskipun begitu, dia tidak menyalahkan tindakan isterinya.

49363536_186892112269336_7916522638233603899_n

“Isteri saya sudah lalui macam-macam. Saya memberikan masalah kepadanya. Saya berasa sangat bersalah terhadapnya.

“Saya kesal atas apa yang terjadi dan saya tidak mahu nafikan kesalahan saya. Setiap manusia pasti buat salah. Dalam kes saya, diakui ia memang berpunca daripada saya. Nak caci, maki dan hamun saya silakan. Cuma, jangan komen apa yang anda tidak tahu,” ujarnya.

Biar saya yang betulkan

Pelakon terkenal ini juga sedang cuba membetulkan semula keadaan dan masalah rumah tangganya bersama Bella.

“Soal hubungan dan rumahtangga saya dengan isteri, biar saya yang selesaikan. Banyak perkara yang perlu dibuat dan diperbetulkan. Kesilapan saya pada Allah, biar saya uruskan. Kesalahan saya pada ibu bapa, itu tanggungjawab saya.”

Aliff juga telah mengadakan sesi live di Instagram bagaimanapun dia tidak menegakkan benang yang basah.

Sumber: Harian Metro

asia got talent main

[VIDEO] Persembahan 4 Gadis Dari Malaysia Ini Gegarkan Pentas Asia’s Got Talent. Memang Terbaik!

bella2

“Saya Hanya Ingin Kejujuran..”- Bella Astillah ‘Lega’ Tahu Kebenaran & Berani Bersemuka Untuk..