in

CryCry OMGOMG

Pasir Gudang Tidak Diisytihar Darurat

main kes pasir gudang

Susulan bencana pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak mengisytiharkan darurat kerana dianggap tiada keperluan.

BACA: Pencipta PUBG Battle Royale Mulakan Projek ‘Game’ Terbaharu Yang Dikhabarkan Lebih Gempak!

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hanipa Maidin berkata pada masa ini, keadaan itu masih boleh dikendalikan oleh pihak berkuasa negeri dan kerajaan negeri.

Katanya ketika menggulung perbahasan usul pengisytiharaan darurat di Pasir Gudang, walaupun tidak ada permintaan untuk pengisytiharaan darurat oleh kerajaan pusat, mereka akan menanganinya seolah-olah darurat di sana.

841615pre_d8890d9338d50fc

“Isu tersebut adalah kepentingan awam dan kami mahu ia dibahaskan,” ujarnya.

Sementara itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keadaan masih terkawal dan pihak berkuasa tahu bagaimana hendak menghadapi situasi ini. Jadi tidak perlu tahap nak isytiharkan Pasir Gudang sebagai darurat.

Menurutnya lagi, sungguhpun insiden seperti ini tidak pernah berlaku di Malaysia dan keadaan agak membimbangkan, beliau yakin dengan kebolehan doktor di sini dan berharap rakyat turut memiliki tahap keyakinan yang sama.

41552567917_tunm

Malah pihak lain seperti bomba, polis, tentera, hospital, sekolah dan lain-lain telah tangani perkara ini dengan cekap dan berhasil.

Dalam perkembangan sama, empat pegawai dan 21 anggota Unit Peninjau Chemical Biological, Radilogical and Nuclear (CBRN) dari 12 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dilengkapi peralatan khusus serta pakar dalam mengendalikan bahan kimia beracun digerakkan ke Sungai Kim Kim, Pasir Gudang semalam.

Selain itu, Tentera Darat turut akan menghantar pasukan Nyah Cemar CBRN bagi melaksanakan tugas pembersihan di situ.

D1qFrbjU8AELf32

Apa-apa pun kami berharap semuanya dapat bertenang dan banyakkan berdoa. Semoga urusan pembersihan dapat berjalan dengan lancar dan penduduk Pasir Gudang dilindungi dari malapetaka.

Sumber: mStar / Astro Awani / Harian Metro

What do you think?

0 points
Upvote Downvote
PUBG-Creator-Working-On-New-Project

Pencipta PUBG Battle Royale Mulakan Projek ‘Game’ Terbaharu Yang Dikhabarkan Lebih Gempak!

wanita

[VIDEO] ‘Alhamdulillah Officially 25’- Sebagai Hadiah! Bella ‘Ingin’ Orang Tua Bahagia & Ayden Jadi Anak Soleh