in

CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Rakaman Detik Sayap Pesawat Disambar Petir Tular, Semua Penumpang Dan Anak Kapal Selamat

main pesawat disambar petir

Ahad lalu sebuah pesawat yang baru memulakan penerbangan terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang setelah ia disambar petir.

BACA: [VIDEO] Momen Pertemuan Ibu Dan Anak Yang Selesai Tamat Sesi Latihan Polis Buat Air Mata Menitis

Pesawat Thomas Cook yang terlibat itu dalam perjalanan menuju ke Banjul, Gambia disambar petir selepas memulakan penerbangannya pada kira-kira jam 9.22 malam.

D1UrnjxW0AA1e9K

Insiden itu sempat dirakam oleh seorang penumpang yang kemudiannya dikongsi di media sosial hingga tular. Rakaman ngeri itu sudah menerima lebih 7,000 tontonan sejak ia dimuat naik.

Menurut sebuah laporan, sewaktu kejadian, pesawat itu terpaksa berpatah balik sebelum penumpang dipindahkan ke pesawat lain untuk meneruskan perjalanan.

D1Urnt8XQAImRaK

Pihak pengurusan kemudiannya memeriksa keadaan pesawat terbabit. Dalam rakaman tular itu jelas kelihatan petir menyambar bahagian sayap pesawat berkenaan.

Lihat pada saat ke 0.54, sungguh jelas petir menyambar!

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu, mereka memohon maaf atas kelewatan dan segala yang berlaku.

“Keselamatan pengguna dan krew menjadi keutamaan kami. Jurutera kami sedang melakukan pemeriksaan penuh ke atas pesawat. Kesemua penumpang kami diterbangkan semula pada petang hari yang sama menggunakan pesawat lain,” petikan dari kenyataan syarikat penerbangan tersebut.

Sumber: Manchester Evening News

Shuib

“Nama ‘Shuib’ Dia Yang Bagi..”- Tak Sangka! Shuib Luah ‘Perjalanan’ Bersama Jep, Sebak!

wawa

[VIDEO] “Semoga Berkekalan”- Sudah 8 Tahun Berkahwin, Aeril Ucap ‘Selamat Ulangtahun Isteriku’ Curi Tumpuan!