in

OMGOMG WTFWTF

Syarikat Pengeluar Ais Krim Berperisa Tomato Dituduh Buat ‘Prank April Fool’ Terlalu Awal?

main ais krim tomato

Dengan cuaca Malaysia yang tengah panas sekarang ini, bila dapat makan ais krim pastinya dapat melegakan tekak bukan? Kebiasaannya ais krim berperisa coklat, vanila, strawberi dan jagung yang biasa dijual di pasaran.

BACA: Rakaman Detik Sayap Pesawat Disambar Petir Tular, Semua Penumpang Dan Anak Kapal Selamat

Namun berbeza pula dengan sebuah syarikat dari New Zealand, Wattie’s. Mereka memperkenalkan perisa ais krim terbaru iaitu sos tomato. Seriuslah perisa sos tomato? Rasa apalah agaknya?

TomatoSauce_nadianb

Pengumuman syarikat pengeluar makanan itu melalui laman Facebook rasmi mereka mendapat perhatian ramai dengan lebih dari 5,000 shares dan 21,000 komen.

Salah seorang dari mereka meninggalkan komen: “Saya suka makan ais krim dan saya juga sukakan sos tomato, tapi jika keduanya digabungkan??”

Namun tidak semuanya meninggalkan komen negatif mengenai perisa terbaharu ais krim ini. “Mungkin rasanya lebih sedap dari nama ais krim ini.”

Malah beberapa individu lain turut menyelar syarikat pengeluar makanan itu sambil menyifatkan ia sebagai prank April Fool yang dilakukan terlebih awal.

Namun begitu, jurucakap syarikat pengeluar ais krim berkenanan memberitahu ais krim berperisa sos tomato ini adalah benar.

Wattie-s-Facebook-1584042

“Saya tidak tahu berapa ramai yang akan beli. Tapi kami tetap akan keluarkannya dan memberikan sampel dan lihat sejauh mana penjualannya nanti,” ujarnya.

Dia turut menjelaskan idea menghasilkan ais krim berperisa sos tomato ini diperolehi dari laporan yang memberitahu ada yang menggemari ais krim dimakan bersama sos tomato.

Jika dilihat pada hasil gambar ais krim unik ini nampak macam sedap! Tapi kalau korang yang sejenis tidak suka tomato pasti tidak akan sukakannya.

Sumber: Daily Star

Cas Telefon Huawei Lebih Mudah Dengan Pengecasan Tanpa Wayar

Jika mahu diikutkan teknologi terkini memang tidak terkejar dibuatnya. Apatah lagi mahu memilikinya. Namun tidak mustahil untuk dapatkan semuanya jika ada keinginan dan usaha. BACA: Huawei P30 Dan P30 Pro Bakal Menjengah Di Pasaran Malaysia Bermula 6 April Ini! Semalam Huawei melancarkan siri 'P' terbaharu mereka, P30 dan P30 Pro disamping memperkenalkan beberapa peranti hebat lain.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote
sarah

[VIDEO] “Fuhh Power Lah..”- Sarah Suhairi Nyanyi Lagu ‘Blackpink’ Dipuji, Digelar Lisa!

fatin2

[VIDEO] “Hahaha Nakal Kesian Betul..”- Reaksi Nad Zainal Bila Fatin Afeefa ‘Kenakan’, Kelakar!