in

LoveLove

[VIDEO] Lelaki Ini Hasilkan Arca Berbentuk Ombak Dari Penyedut Minuman Terpakai. Wow, Cukup Kreatif!

arca dari straw main

Seperti yang kita tahu, penggunaan penyedut minuman plastik memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Ini kerana penyedut minuman plastik terpakai memerlukan ratusan atau mungkin ribuan tahun untuk lenyap dari muka bumi.

BACA: [VIDEO] Wanita Cedera Diserang Jaguar Ketika Cuba Mengambil ‘Selfie’ Bersama Haiwan Liar Itu

Bayangkan jika penggunaan penyedut minuman plastik masih diteruskan hingga tiada ke penghujungnya? Apakah yang akan terjadi kepada alam sekitar nanti?

Demi memberikan kesedaran tentang perkara ini, seorang artis dari Kanada, Von Wong menghasilkan arca terbesar dengan menggunakan 168,037 penyedut minuman. Hasilnya? Sungguh mengagumkan!

Von Wong berdiri di depan binaan arcanya.
Von Wong berdiri di depan binaan arcanya.

Arca itu dibina dan direka untuk meningkatkan kesedaran tentang penggunaan plastik yang mencemarkan alam sekitar, dan kesannya kepada kehidupan di lautan. Saintis turut menganggarkan mencecah tahun 2050, jumlah sampah dari plastik akan lebih daripada jumlah ikan yang berada di lautan.

Sukarelawan bergambar bersama rangka arca.
Sukarelawan bergambar bersama rangka arca.

Von Wong (Kanada) dan Zero Waste Saigon (Vietnam) bekerjasama membina ‘Largest drinking straw scuplture’ di Ho Chi Minh City, Vietnam pada Januari 2019.

Aktiviti ini telah ditaja oleh Starbucks, yang mana mereka turut memberi sokongan melalui menyediakan bekas untuk pelanggannya ‘membuang’ penyedut minuman terpakai mereka di beberapa buah premisnya di sekitar Vietnam.

Mengambil tempoh 6 bulan, mereka berjaya mengumpul sejumlah penyedut minuman terpakai. Kemudian mereka membasuh dan mengasingkannya mengikut warna. Seramai 20 hingga 50 sukarelawan yang terlibat dalam aktiviti ini.

Berikut adalah proses binaan arca tersebut dan hasil kreatif Von Wog bersama sekumpulan sukarelawan:
Building-the-sculpture_tcm25-561093

team-applying-the-straws-to-the-wooden-frame_tcm25-561094

Von-standing-in-the-sculpture-taking-a-selfie_tcm25-561096

Arca tersebut menggambarkan ombak besar yang membolehkan orang melalui di tengah-tengahnya dengan ukuran tinggi 3.3 meter, 8 meter panjang dan 4.5 meter lebar.

Sumber: Guinnessworldrecords

intan

“Perghh Sikit Lagi Nak Kena Teksi..”- Video Jadi Tumpuan, Intan Najuwa Buat Hal?

Che Ta

[FOTO] Warna Menarik & Meletop! Ini Sekitar ‘Lunch Birthday’, Che Ta Digelar Patung Lilin!