in ,

LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

[VIDEO] “Siap Main Cak Cak Lagi” – Rakaman ‘Cik T’ Dalam Penceduk Makanan Di Restoran Tarik Perhatian Netizen

cik T dalam gayong main

Jika sebelum ini pelbagai kisah mengenai premis makanan yang boleh membuatkan ‘kembang tekak’ tular di laman sosial, semalam lagi satu video tarik perhatian netizen.

BACA: Hanya Kerana Bermain PUBG, 10 Individu Ditahan Polis!

Rakaman berdurasi 30 saat itu sudah cukup membuktikan memang benar ada ‘Cik T’ (tikus) di restoran tersebut. Menerusi video yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna Facebook itu jelas menunjukkan seekor tikus di dalam penceduk makanan yang diletakkan di atas periuk besar.

cik T dalam gayong 4

Lawak juga bila tonton rakaman tersebut. Cik T itu seolah-olah bermain cak cak! Korang tengok sendiri video di bawah:

Posted by Sheela Lssvh on Tuesday, March 12, 2019

Rakaman itu raih sebanyak 98,211 tontonan sejak dimuat naik semalam dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

“Ratatouille tu, tolong masak.”

cik T dalam gayong 2

“Ehhh…main cak cak plak dia.”

cik T dalam gayong 1

“Kenapa tak terus bagitahu pekerja restoran itu je? Kan lebih bagus!”

cik T dalam gayong 3

Ada benarnya juga, bukankah lebih bagus jika beritahu pekerja restoran mengenai kejadian itu untuk elakkan dari pelanggan lain menerima padahnya. Tapi kita juga tidak tahu, mungkin si perakam video ini telah memaklumkan kepada pekerja premis berkenaan selepas merakamkannya?

Apa-apa pun, setiap kali kunjungi premis makanan sentiasalah perhatikan keadaan sekeliling. Pastikan kebersihan premis terjaga dengan sebaiknya.

Sumber: Facebook

What do you think?

-3 points
Upvote Downvote
3-Skill-Bermain-PUBG-yang-Wajib-Kamu-Kuasai-Selain-Membidik

Hanya Kerana Bermain PUBG, 10 Individu Ditahan Polis!

piza sebak main

[FOTO] Cikgu Ini Sanggup Buatkan 32 Mini Piza Buat Anak Muridnya Yang Tidak Pernah Merasa Makanan Itu