in ,

Whatsapp, Facebook Dan Instagram Mengalami Gangguan. Sebahagian Dari Pengguna Terjejas!

facebookdown main

Usah panik jika anda mengalami kesulitan untuk menggunakan tiga aplikasi ini iaitu Whatsapp, Facebook dan juga Instagram. Ini kerana ketiga-tiganya mengalami gangguan.

BACA: Ibu Cedera Didera Dan Dikurung Anak Serta Menantu Berjaya Diselamatkan. Kesiannya…

Difahamkan gangguan bermula petang semalam dan akibatnya ramai pengguna beralih ke Twitter untuk meluahkan kekecewaan mereka.

D1jvM-MWkAEIclP

Sejumlah pengguna Facebook dan beberapa platform media sosial lain yang dimiliki syarikat gergasi teknologi itu termasuk Instagram, Messenger dan WhatsApp berdepan masalah untuk mengakses perkhidmatan berkenaan.

fbhero_facebook-1024×644

Menurut sebuah laporan, gangguan tersebut menjejaskan pengguna di beberapa kawasan termasuk Amerika Syarikat, Amerika Tengah dan Selatan serta Eropah. Malah ketika artikel ini ditulis masih ada pengguna laman sosial ini yang tidak dapat mengakses akaun mereka di Malaysia.

0_JS121740796

Memetik penjelasan dari pihak Facebook di Twitter, mereka sedar sejumlah pengguna berdepan masalah mengakses aplikasi kumpulan Facebook. Malah mereka sedang berusaha menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

Facebook turut menafikan khabar angin bahawa insiden ini disebabkan oleh serangan penggodam yang menggunakan ‘distributed denial-of-service (DDos).

Apa-apa pun diharap semua pengguna dapat bersabar ya. Kalau bosan sangat tidak dapat semak media sosial terkini Facebook dan Instagram, boleh ‘layan’ Twitter dulu.

Sumber: CNBC

bela1

“Sure Meletop Kebabom..”- Muat Naik Foto, Bella Astillah Diminta ‘Berlakon’ Tapi Ini Jawapan..

sheila

“Bosan Nanti..”- Netizen ‘Merayu’ Tak Ingin Sheila Rusly Stop Rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan