in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

3 Sebab Kenapa Pengguna Tidak Dapat ‘Move On’ Dengan Huawei Nova 4E, RM 1199!

HUAWEI-Nova-4e-blue (1)

Bagi pengemar telefon pintar, pasti ia bukan setakat menjadi alat komunikasi buat anda tapi ia bermanfaat dalam pelbagai segi dengan potensi yang tidak terhad.

Malah ia satu peranti membantu kehidupan anda dengan lebih mudah. Bagi melengkapkan lagi gaya hidup anda pada masa kini, hadirnya Huawei Nova 4e yang boleh dikatakan sebagai ‘bonus’ dengan harga yang menarik.

Keluaran HUAWEI ini, dapat melenyapkan lambakan telefon pintar di pasaran kerana Huawei Nova 4e memiliki kecanggihan tersendiri dan ia tidak perlu dinafikan lagi kelebihannya berbanding yang lain.

1

Mana taknya, banyak sebab Huawei Nova 4e perlu menjadi pilihan anda. Sebagaimana, pengguna tegar HUAWEI yang memanfaatkan pelbagai fungsi hebat untuk melengkapkan gaya hidup mereka. Ini antara sebabnya untuk anda juga ikuti jejak bijak mereka.

  1. Satu Rekaan Yang Mengikuti Trend Terkini

Alangkah syoknya selain fungsi terbaik, telefon pintar ini juga membuatkan anda dapat rasai apa itu fesyen. Jadi istimewanya Huawei Nova 4e, ianya juga telah direka khas untuk anda mengikuti trend terkini.

Tidak dinafikan, ramai yang tidak ingin ketinggalan dalam dunia teknologi dimana pengguna Malaysia lebih mahu memilih Huawei kerana reka bentuk selain ingin memiliki kecanggihan luar biasa.

Apatah lagi, harga ditawarkan sangat istimewa iaitu dengan RM 1,199. Malah anda dapat memilih tiga warna yang menjadi rebutan ramai. Tak perlu ribuan ringgit nak ikut trend! Anda hanya perlu jadi bijak saja.

2
Peacock Blue

Dengan teknologi salutan terbaru membuatkan warna yang direka ini telah mencapai tahap yang baru iaitu warna-warna terang, cantik malah sangat bersinar di bahagian belakang telefon pintar ini.

3
Pearl White
4
Midnight Black

Bukan itu saja, Huawei Nova 4e ini menawarkan paparan skrin besar dengan 6.15-inci yang mampu memberikan satu pengalaman menonton yang memuaskan selain nisbah skrin ke badan pula pada kadar 84.1 peratus yang mana dapat memberikan pandangan yang terbaik!

  1. Hiburan ‘Viral’ Lebih Dekat Dengan Anda

Telefon pintar kini juga boleh diibaratkan ‘nyawa’ kepada masyarakat dan sudah menjadi satu perkara penting tidak kira umur pada masa kini.

Ada yang minat dengan aplikasi TikTok malah ada juga telah digelar kaki game, bagaimanapun ianya sudah tidak asing lagi. Jadi dengan Huawei Nova 4e, ia mampu merealisasikan supaya anda menjadi pakar dalam pelbagai aplikasi viral terkini dengan beberapa ciri hebat.

5

Hebatnya telefon pintar ini, apabila ianya menggunakan ciri video ringtone yang mana membolehkan pelbagai klip video termasuklah dari Tik Tok untuk digunakan sebagai ringtone. Ianya memainkan paparan video disaat anda menerima panggilan. Seronoknya!

Telefon pintar ini mampu memberikan pengalaman hiburan dengan cepat dan lancar untuk anda dimana ia hadir dengan memori 6GB RAM dan storan 128GB selain anda mampu menyimpan segala aplikasi viral tanpa perlu buang yang lain.

Bagi kaki game pula, telefon ini disokong dengan GPU Turbo 2.0 untuk memberikan pengalaman lebih baik ketika bermain dari sebarang jenis permainan terkenal seperti PUBG, Mobile Legends dan sebagainya. Tiada lagi gangguan ketika bermain, ia satu sebab utama yang dinantikan ramai bukan?

6

  1. Tawan ‘Dunia’ Kini Dengan Kamera Terbaik

Dunia kini ramai yang suka berkongsi foto OOTD di media social, kalau boleh setiap foto ditangkap pasti ingin dimuat naik. Kemana-mana saja juga, kamera paling diutamakan. Malah ia sudah menjadi trend dan ramai berlumba-lumba untuk mendapatkan kamera yang terbaik.

Jika anda nak foto OOTD menarik tanpa perlu ditangkap banyak kali, dengan memilih Huawei Nova 4e ini sangat memberikan keuntungan luar biasa

8

Dengan kamera telefon pintar ini, ia membantu anda menikmati setiap foto yang ditangkap. Mana taknya, Huawei Nova 4e memiliki tri-kamera belakang yang mengabungkan lensa 24 MP + 8MP dan hadir dengan algoritma berkuasa Huawei. Sistem kamera belakang ini membolehkan anda menangkap sudut pandang yang lebih luas.

Tidak hanya itu, kamera ini juga hadir dengan mod Handheld Night. Ianya makin melengkapi lagi gaya foto anda apabila anda boleh mengambil foto dalam pelbagai jenis sudut dengan apapun keadaan cahaya.

Dalam cahaya gelap atau malap juga tidak jadi masalah buat anda. Hasilnya tetap menonjol dan jelas!

9

Bagi kaki selfie juga, Huawei Nova 4e dilengkapi kamera selfie 32MP. Sangat berbaloi untuk anda! Disamping, wujudnya juga ciri AI Beautification yang akan membuatkan selfie anda kelihatan seperti poster.

10

Makanya, pemilihan kamera telefon pintar sangat penting. Jika anda ingin foto-foto anda menerima beribu likes dan meletop setanding Alvin Chong dan Emily ini, ianya sangat mudah kerana dapat direalisasikan dengan menggunakan Huawei Nova 4e sahaja!

page

page

Untuk jadi seperti mereka juga, anda hanya perlu bijak dalam memilih telefon pintar yang boleh mengikut trend terkini. Jangan lepaskan peluang dan tidak perlu bazirkan wang dengan jenama yang beribuan ringgit.

Anda boleh dapatkan Huawei Nova 4e dengan harga RM 1,199 dan miliki pelbagai fungsi hebat terbaru. Layari laman web rasmi HUAWEI atau dapatkan di SINI.

What do you think?

-4 points
Upvote Downvote
blackpink kill this love main

[VIDEO] Persembahan Adik Ini Menari Persis BlackPink Buat Ramai Yang Tergamam. Hebat Tahap Keyakinan Dia!

ame

[FOTO] Ini Sekitar Anugerah MeleTOP Era 2019, ‘Fesyen’ Selebriti Terkenal Menarik Perhatian!