in ,

[VIDEO] Baru Berusia 4 & 5 Tahun, Dua Beradik Cilik Ini Sudah Jadi Jutawan Youtube!

jutawan utube main

Siapa sangka zaman sekarang makin mudah untuk menjana pendapatan. Bukan cakap yang dewasa, malah kanak-kanak yang baru berusia 4 dan 5 tahun juga mampu menjana pendapatan lumayan.

BACA: ‘Manusia Kalkulator’, Yaashwin Rangkul Naib Juara Di Asia’s Got Talent 2019!

Luar biasa bukan? Dua kanak-kanak ini yang juga merupakan adik beradik meraih pendapatan sehingga £1 juta (RM5.4 juta) setahun dan sekaligus menjadi jutawan Youtube termuda Britain.

11964410-6895577-image-a-15_1554628541987

Adik beradik tersebut ialah Gabriella, 4 tahun dan abangnya Alex, 5 tahun berada di ranking teratas laman perkongsian video di Britain dengan 10.9 juta pengikut serta 3.6 billion tontonan di akaun Youtube milik mereka.

jutawan utube 1

Saluran Youtube mereka diberi nama Toys and Little Gaby itu dihoskan sendiri oleh dua kanak-kanak ini. Ia dibuka oleh ibu mereka, Sabine, 28 bermula tiga tahun lalu. Ibunya yang berasal dari Latvia kini menjadi pengurus kepada dua anaknya itu sepenuh masa di rumah mereka di utara London.

“Sejak kecil mereka berdua suka menonton saluran Youtube yang memaparkan ulasan barang permainan dan juga pelbagai keletah anak-anak kecil. Jadi saya terfikir, bila mereka sudah besar sedikit mengapa tidak kami sendiri mencubanya?” kata Sabine.

jutawan utube 3a

Saluran Youtube mereka adalah bertemakan ‘keseronokan kanak-kanak’ dengan pelbagai permainan, cabaran dan lain-lain aktiviti khas serta kreatif bagi kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, dua beradik ini turut mempunyai sebuah kedai mainan dalam talian bernama alexandgabytoys.com.

Tapi sudah tentulah tidak boleh kalahkan saluran Youtube Ryan Toys Review yang memperoleh pendapatan £17 juta setahun!

Untunglah, kecil lagi dan jutawan!

Sumber: The Sun UK

yaashwinagt main

‘Manusia Kalkulator’, Yaashwin Rangkul Naib Juara Di Asia’s Got Talent 2019!

budak 12 tahun sendiri main

Netizen Sebak Dengan Nasib Adik Berusia 12 Tahun Yang Ditinggalkan Hidup Sendirian