in ,

Beli Telur Untuk Makan Tapi Menetas Pula Gara-Gara Cuaca Terlalu Panas!

duck egg main

Pernah tak korang alami situasi dimana telur yang dibeli untuk dibuat lauk tetapi hampa? Dalam fikiran sudah terbayang telur itik masak lemak cili padi yang sedap berlemak itu. Tapi bila balik ‘benda’ lain pula yang terjadi…

BACA: Biar Benar Boleh Tidur Dalam ‘Kentang’? Tak Percaya? Tengok Dekorasi Dalamannya Boleh Tahan Juga Tau!

Mana tidak hampanya, telur yang dibeli menetas pula! Beli telur tapi dapat anak itik. Nak sembelih, kecil lagi mana nak ada daging.

Itu yang terjadi pada seorang wanita di Vietnam. Katanya kejadian tersebut jadi begitu kerana cuaca yang terlalu panas. Nasib baiklah anak-anak itik itu comel!

20190422pfb30a_Duck

Menurut laporan China Press, kejadian itu sangat pelik dan jarang berlaku. Namun suhu cuaca yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kejadian penetasan telur itik secara tidak sengaja itu.

Dari 24 biji telur itik, kini wanita itu memiliki 24 ekor anak itik! Apa yang dia mahu buat dengan itik comel yang memenuhi ruang dapur rumahnya itu?

20190422pfb30c_Duck

Difahamkan wanita tersebut memberi beberapa ekor anak itik itu kepada kawan dan jiran-jirannya untuk dipelihara.

Haru betul! Kalau kejadian sebegini jadi pada korang, apa yang korang akan buat?

Sumber: China Press

fatiya

[FOTO] “Saya Mahu Cari Diri Saya..”- Tukar Penampilan, Fathia Latiff Kini Tampil ‘Berambut’ Pendek!

surat dari ibu main

[FOTO] Himpunan Foto Adik Ini Ke Pusara Ibu Mampu ‘Jentik’ Emosi, Tapi Akhir Sekali Lebih Pilu Dibuatnya…