in , , ,

CryCry CuteCute LOLLOL OMGOMG WTFWTF

Cas Telefon Lebih Mudah Dengan Huawei ‘Wireless Charging Case’ Berteknologi Terkini. Letak Je Dah Siap!

main casing huawei P30

Jika mahu diikutkan teknologi terkini memang tidak terkejar dibuatnya. Apatah lagi mahu memilikinya. Namun tidak mustahil untuk dapatkan semuanya jika ada keinginan dan usaha.

BACA: Huawei P30 Dan P30 Pro Bakal Menjengah Di Pasaran Malaysia Bermula 6 April Ini!

Semalam Huawei melancarkan siri ‘P’ terbaharu mereka, P30 dan P30 Pro disamping memperkenalkan beberapa peranti hebat lain. Namun apa yang menarik perhatian kami adalah sarung telefon pengecas tanpa wayar khas buat P30.

HUAWEI P30 MY Launch_1 (1)

Untuk makluman, P30 Pro mempunyai teknologi mengecas tanpa menggunakan wayar dan tidak bagi P30. Jadi untuk merapatkan jurang ini, Huawei hadir dengan aksesori sarung telefon istimewa khas buat P30. Wow, menarik!

Dalam kata mudah, menggunakan sarung telefon pintar istimewa ini anda hanya perlu letakkan Huawei P30 di atas dermaga untuk mengecas. Tidak perlu lagi sambungan port dan wayar berselirat. Letak dan biarkan ia mengecas dengan sendirinya!

HUAWEI-P30-Wireless-Charging-Case-C-696×435

Rekaan menarik dan praktikal.

Dinamakan Wireless Charging Case, ia didatangkan dengan dua warna iaitu oren dan hijau. Selain itu rekaan luarannya yang berlubang-lubang memberikan lebih cengkaman ketika memegangnya dan corak pada belakang sarung ini cukup ‘swag’ untuk digayakan!

huawei p30 casing twin

Bagi menyokong pengecasan tanpa wayar, sarung telefon pintar istimewa ini dilengkapi dengan magnet yang juga bantu memudahkan telefon pintar diletakkan di pemegang telefon di dalam kereta.

190328-huawei-p30-wireless-case-04-768×669

Lebih menarik sarung telefon ini juga menyokong pengecasan tanpa wayar Qi dengan kuasa mengecas mencapai 10W. Berbanding Huawei P30 Pro yang lebih rendah kuasa pengecasannya iaitu dengan sokongan teknologi 15W.

Keselamatan sentiasa diutamakan.

Jika sebelum ini pelbagai berita mengenai telefon pintar meletup ketika di cas, namun dengan adanya teknologi pengecasan tanpa wayar ini dapat mengelakkan insiden seperti ini.

Pastinya jenama Huawei sentiasa utamakan keselamatan pada setiap produk mereka. Oleh itu Huawei memastikan sarung telefon pintar P30 istimewa ini mempunyai keupayaan proses pengecasan tanpa wayar lebih cepat dan selamat dengan sijil keselamatan TÜV Rheinland dan pensijilan QI.

190328-huawei-p30-wireless-case-02-768×450

Harga berbaloi!

Jadi dengan menambah hanya RM268, anda sudah mampu untuk miliki Wireless Charging Case ini.

Untuk maklumat tambahan, Huawei P30 Pro ditawarkan dengan harga hanya RM3,799 dengan 8GB RAM dan 256 GB ruang storan dan RM4,399 untuk Huawei P30 Pro dengan 8GB RAM dan 512 GB ruang storan.

Manakala Huawei P30 pula ditawarkan dengan harga RM2,699 dengan 8GB RAM dan 128 GB ruang storan.

Sementara itu bolehlah anda berkira-kira untuk miliki sarung telefon khas buat Huawei P30 yang bakal anda miliki nanti. Sungguh berbaloi-baloi!

Cas Telefon Huawei Lebih Mudah Dengan Pengecasan Tanpa Wayar

Jika mahu diikutkan teknologi terkini memang tidak terkejar dibuatnya. Apatah lagi mahu memilikinya. Namun tidak mustahil untuk dapatkan semuanya jika ada keinginan dan usaha. BACA: Huawei P30 Dan P30 Pro Bakal Menjengah Di Pasaran Malaysia Bermula 6 April Ini! Semalam Huawei melancarkan siri 'P' terbaharu mereka, P30 dan P30 Pro disamping memperkenalkan beberapa peranti hebat lain.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote
C9EF4C62-3399-4BAC-9307-6C90C526CD54

Telefon Pintar Harga Bajet! Wajib Jadi Milik Anda Tapi Apa Yang ‘Best’ Pasal HONOR 10 LITE?

scotland guy speak malay main

Lelaki Scotland Terjaga Dari Koma Akibat Kemalangan Tiba-Tiba Bercakap Melayu. Ini Memang Pelik!