in

Dek Terikut “Cabaran Mengarut” Di Internet, Dua Remaja Ditahan Ketika Cuba Bermalam Di Ikea!

main tidur ikea

Cabaran bermalam di sesebuah pasaraya dan tidak ‘terkantoi’ bukanlah sesuatu yang baharu. Cabaran ini mula tular sejal awal 2016 dan beberapa media luar turut melaporkan beberapa insiden mengenainya.

BACA: [VIDEO] Keletah Terbaru Budak Comel Pernah Tular Kerana Meraung Di Hari Pertama Sekolah Cuit Hati Netizen!

Menerusi laporan The Sun, cabaran ini cukup membimbangkan kerana boleh mendatangkan pelbagai risiko kepada si pelaku. Selain dari berada di dalam sesebuah pasaraya selama yang boleh, mereka yang cuba membuat cabaran ini juga perlu memuat naik video sepanjang mereka berada di sana.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Terbaru dua remaja tingkatan 5 ditahan selepas mencuba untuk sahut cabaran ini. Menurut sebuah laporan dua remaja tersebut tiba di Ikea Batu Kawan pada 28 Mac jam 8 malam. Sebelum waktu operasi tamat, mereka menyorak di dalam almari dan apabila suasana mulai sunyi barulah mereka keluar.

Foto: Sinchew
Foto: Sinchew

Namun perbuatan mereka itu dikesan selepas dirakam CCTV. Melalui paparan CCTV itu kelihatan kedua mereka berjalan di ruang pameran sambil mengambil gambar dan video.

Bagaimanapun mereka berdua ditahan pada 6.40 pagi keesokan paginya apabila pengawal keselamatan menjumpai mereka .

Dua remaja terbabit akui melakukan cabaran tersebut kerana mahu menunjukkan keberanian mereka bermalam di Ikea dan kebolehan mereka mengelak dari dikesan pengawal keselamatan.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Tapi rasanya tidaklah sebijak mana siapa yang terikut-ikut dengan cabaran ini! Macam tiada faedah pun iya juga!

Sumber: Sinchew / The Sun

haiqal nangis main

[VIDEO] Keletah Terbaru Budak Comel Pernah Tular Kerana Meraung Di Hari Pertama Sekolah Cuit Hati Netizen!

pasir kat muka main

[FOTO] Unik Sungguh Solat Tepi Pantai Atas Pasir. Tapi Foto Akhir Sekali Boleh Berdekah!