in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

“Fahamlah Punca Hilang Kuali Sebab Apa” – Fenomena Beyblade Dalam Kalangan Kanak-Kanak Kini Kembali!

beyblade kuali main

Animasi bersiri Beyblade pernah menjadi satu fenomena pada zaman 80-an hingga 90-an. Inspirasi dari animasi tersebut, permainan Beyblade (gasing moden) turut menjadi antara yang wajib dimainkan oleh setiap kanak-kanak pada zaman itu.

BACA: [VIDEO] “Sedap Nak Mampus Suara Budak Ni!” – Bakat Nyanyian Pelajar Sekolah Ini Setara Penyanyi Profesional!

Namun hari ini nampaknya fenomena bermain Beyblade ini kembali memecah tradisi. Di mana-mana sahaja boleh lihat kanak-kanak berkumpul bermain permainan ini beramai-ramai. Malah, Beyblade itu sendiri cukup mudah untuk didapati kerana dijual di mana-mana sahaja.

Baru-baru ini pula tular di media sosial dengan beberapa foto kanak-kanak yang membawa kuali keluar dari rumah. Pada mulanya ingatkan mereka melindungi diri daripada hujan. Tapi sebenarnya…

D3oCKJcUUAAOP5b

Mereka buat main Beyblade rupanya! Rasanya pasti ada yang membesar zaman 90-an dapat kaitkan situasi ini dengan mereka ketika kanak-kanak dulukan?

D3oCK0GV4AACp7u

 

D3oCLjRUIAEWPKl

Tiga gambar yang dikongsikan oleh pemilik akaun Balqis Sidiqia menarik perhatian netizen untuk turut sama berkongsikan gelagat anak-anak saudara mahu pun adik mereka bermain Beyblade.

Pakai kuali jadikan arena Beyblade memang trend ke?

Dah puas pakai kuali kawah kat belakang rumah, masuk bilik sambung pakai besen besi pula?

beyblade kuali 1

Dulang pun jadi? Lain macam ya!

Talam besar yang orang guna masa buat kenduri dulu-dulu pun jadi?

beyblade kuali 2

Macam-macam kreativiti budak sekarangkan? Namun begitu rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi. Ada yang terimbau zaman kanak-kanak dan ada juga yang setuju dengan kembalinya fenomena permainan ini.

“Oklah tu dari main handphone je manjang..”

beyblade kuali 5

Memori zaman kanak-kanak. Kalau main pakai kuali boleh sampai keluar api. Patutlah…

beyblade kuali 4

“Hati kering je bawa kuali mak dia”

beyblade kuali 3

Memang betul, dulu-dulu kalau main benda ini dalam kuali boleh sampai keluar api sebab Beyblade dulu diperbuat dari besi. Zaman sekarang banyak yang dijual adalah daripada plastik.

Apa-apa pun fenomena ini sedikit sebanyak dapat elakkan kanak-kanak kini yang jarang keluar rumah dan hanya menonton tv atau pun telefon pintar. Dapat juga mereka bersosial di luar dari terperap di rumah saja kan?

Sumber: Balqis Sidiqia

Cas Telefon Huawei Lebih Mudah Dengan Pengecasan Tanpa Wayar

Jika mahu diikutkan teknologi terkini memang tidak terkejar dibuatnya. Apatah lagi mahu memilikinya. Namun tidak mustahil untuk dapatkan semuanya jika ada keinginan dan usaha. BACA: Huawei P30 Dan P30 Pro Bakal Menjengah Di Pasaran Malaysia Bermula 6 April Ini! Semalam Huawei melancarkan siri 'P' terbaharu mereka, P30 dan P30 Pro disamping memperkenalkan beberapa peranti hebat lain.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote
student sabah nyanyi main

[VIDEO] “Sedap Nak Mampus Suara Budak Ni!” – Bakat Nyanyian Pelajar Sekolah Ini Setara Penyanyi Profesional!

bella2

[VIDEO] “Ni Laa Versi Paling Sedih..”- Bella Astillah Nyanyi Lagu ‘Kisah Cinta Kita’, Dipuji Terbaik!