in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Hebat Ambil Gambar? Jom Sertai Acara Anjuran Huawei Ini Untuk Menangi Wang Tunai USD20,000 Dan Pelbagai Hadiah Hebat Lain!

main Next image awards

Hari ini teknologi yang ada pada telefon pintar terlalu menakjubkan dan pantas untuk diikuti. Saban hari ada sahaja ciri baru yang lebih hebat dari seumpamanya.

Begitu juga dengan pengenalan terbaru di pasaran, Huawei P30 dan P30 Pro. Memang tidak disangka ciri hebat teknologi pada kameranya cukup hebat sehinggakan ramai yang teruja dengannya. Manakan tidak, antara yang menjadi perhatian umum adalah teknologi zoom sehingga 50x.

61XM1qbUPUL._SX466_

Jadi jika korang nak dapatkan Huawei P30 Pro secara percuma serta beberapa hadiah menarik lain, korang boleh sertai pertandingan HUAWEI Rewrites the Rules of Photography.

Belum ada Huawei P30 dan P30 Pro? Jangan risau, rakamkan foto menggunakan mana-mana telefon pintar, janji berjenama Huawei. Psst, kalau korang nak tahu, telefon pintar Huawei yang lain pun tersedia teknologi kamera yang tidak kurang hebatnya. Jadi disebabkan itulah Huawei mahu korang uji kehebatannya dengan sertai acara ini!

Nak tahu bagaimana untuk sertainya? Ini caranya…

HUAWEI Rewrites the Rules of Photography.

Langkah Penyertaan:

1. Ambil foto menggunakan mana-mana jenis telefon pintar dari Huawei (wajib ada watermark HUAWEI).
2. Muat naik foto tersebut ke media sosial anda. Sertakan bersama kapsyen paling kreatif (tidak lebih 20 patah perkataan) dan #ColourfulLife dan #P30challenge.
3. Pastikan akaun media sosial korang ditetapkan dalam mood ‘Public’.
4. Korang boleh muat naik sehingga 30 foto bagi satu akaun.

Antara hadiah lain yang ditawarkan ialah wang tunai HUAWEI P30, Huawei Nova 4, Huawei Watch HT dan banyak lagi.

Untuk ketahui lebih lagi kriteria mengenai kapsyen dan tanda pagar ‘#’ serta maklumat lanjut bagi pertandingan ini, korang boleh kunjungi laman media berikut:

The Star  – #ColourfulLife Photo Contest

Berita Harian – Peraduan Fotografi ‘Rakam Umpama Pro’

Harian Metro – Jadilah Juara Gambar HUAWEI

Sin Chew – #P30challenge

Oriental Daily News – 华为手机摄影大赛

NEXT Image Awards

Menariknya dengan menggunakan foto yang sama, korang boleh juga sertai acara tahunan Huawei iaitu NEXT Image Awards. Hadiahnya juga cukup lumayan tau! Korang berpeluang untuk memenangi $20,000 (RM83, 140) dan pelbagai hadiah hebat lain dengan penyertaan mengikut kategori yang tersedia.

Selain itu, setiap penyertaan untuk NEXT Image Awards korang akan menerima baucar tambahan RM50 dari Huawei.

Penyertaan dibuka dari 2 April sehingga 31 Julai 2019.

6 Pilihan Kategori

Menarik bukan hadiah yang ditawarkan? Berikut kami kongsikan antara kategori yang korang boleh pilih untuk sertai:

next image awards

1. Faces – Bereksperimen dengan identiti dan kuasa foto potret.
2. Going The Distance – Penemuan lokasi dan pengalaman baru dengan menggunakan ciri baru dari kamera Huawei P30 dan P30 Pro seperti tele-lens, super-wide angle atau macro shooting.
3. Hello, Life! – Kongsikan emosi dan inspirasi dalam kehidupan seharian.
4. Storyboard – Kongsi sebuah kisah dalam 9 bingkai (grid foto yang membentuk kisah yang naratif dan bermakna.
5. #Emotion Tag – Mengekpresikan emosi melalui fotografi.
6. Life Now – Hasilkan penggambaran cerita pendek kurang daripada 30 saat.

Foto yang dirakamkan menggunakan telefon pintar jenama Huawei.

Jadi korang sudah tahu syarat-syarat dan langkah penyertaan. Kami kongsikan pula antara contoh foto yang dirakamkan menggunakan kamera telefon pintar dari Huawei dan kategori yang layak untuk disertai.

Ini antaranya:

Foto ‘Lowlight’ oleh Abeden Mung di Avani, Sepang.

Foto ini layak bagi kategori Going the Distance, Hello, Life! dan #Emotion Tag.

Juga foto ‘lowlight’, tapi dirakamkan oleh Smashpop di Club Med, Bali.

Foto ini layak bagi kategori Going the Distance.

Teknologi zoom oleh Faliq Fahmie merakamkan foto bangunan Sultan Abdul Samad.

Menggunakan Huawei P30 Pro ultra-wide angle lens.
Menggunakan Huawei P30 Pro ultra-wide angle lens.
Menggunakan Huawei P30 Pro 10X zoom.
Menggunakan Huawei P30 Pro 10X zoom.
Menggunakan Huawei P30 Pro 50X zoom.
Menggunakan Huawei P30 Pro 50X zoom.

Foto ini layak bagi kategori Going the Distance dan Hello, Life!

 

Foto Ultra-wide angle oleh Smashpop di Club Med, Bali.

Layak bagi kategori Going the Distance dan Hello, Life!

Foto Super macro oleh by Sanjitpaal Singh / JITPICS.COM® di Taman Rama-rama, Kuala Lumpur.

Macro_Sanjitpaal

Macro_Sanjitpaal_CD

Layak sertai kategori Going the Distance dan #Emotion Tag.

Foto potret oleh Abeden Mung di Bukit Tunku.

Portrait_Abeden Mung

Foto potret oleh Faliq Fahmie di Jalan Dhoby, Johor Bahru.

Portrait_Fahmie

Kedua-duanya layak bagi kategori #Emotion Tag dan Hello, Life!

Foto ‘backlight’ Marion Caunter di Kilang Leica, Jerman.

855002926_184376

Layak untuk kategori Faces, Going the Distance dan #Emotion Tag.

Jadi apa korang tunggu lagi? Dengan satu foto korang bolehg sertai beberapa kategori di NEXT Image Awards! Serta acara pertandingan HUAWEI Rewrites the Rules of Photography. Serlahkan bakat dalam dunia fotografi korang dengan menyertai kedua-dua acara hebat ini!

Untuk maklumat lanjut kunjungi pautan ini.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote
duit segera main

Remaja Ini Jadi Kaya Raya Dalam Tempoh Singkat Hanya Dengan Belajar Dari Video Di YouTube!

gaduh bola main

[VIDEO] Gara-Gara Sebiji Bola, Penduduk Kampung Bertumbuk!