in

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

“Kehilangan Acap Bukan Kerja Bunian”, Kata Lelaki Pernah Hilang Di Bukit Broga Dan ‘Dijaga Bunian’

bantu cari acap broga main

Kehilangan peserta larian Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali dengan nama Acap masih lagi menemui jalan buntu. Sudah lebih dua minggu kehilangannya, pasukan mencari dan menyelamat masih belum menemui sebarang petunjuk baharu.

BACA: Polis Nafi Kehilangan Acap Sudah Terjawab Dan Masih Siasat Mengenainya

Operasi pencariannya masih lagi diteruskan sehingga ke hari ini. Pelbagai pihak dan individu yang mempunyai kepakaran masing-masing turut sama datang membantu mencari Acap.

Bomba masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat Acap.
Bomba masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat Acap.

Ini termasuklah seorang lelaki yang pernah ‘dijaga bunian’ ketika hilang selama tujuh hari Bukit Broga dua tahun lalu, Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman.

Mohd Azarul turut sama mendaki Bukit Batu Putih bersama bomba bagi meninjau lokasi terakhir Acap sebagai salah satu usaha mencari mangsa.

Kehilangan Acap masih menjadi tanda tanya.
Kehilangan Acap masih menjadi tanda tanya.

Menurut lelaki berusia 22 tahun ini, kes kehilangan Acap menarik perhatiannya untuk turut sama membantu buat pertama kali insiden berkaitan dengan mistik mendapat liputan meluas di media sosial.

Katanya lagi, dia dan ibunya, Rohana Saad sudah lama merancang untuk datang ke Gopeng bagi menghulurkan bantuan berdasarkan pengalaman mereka pernah alami. Namun baru semalam mereka berkesempatan untuk datang.

Mohd Azarul Mukhriz bersama ibunya.
Mohd Azarul Mukhriz bersama ibunya.

“Apa yang boleh dikatakan bukan depa (bunian) yang ambil dia (Acap). Malah saya dan ibu tidak dapat merasai kehadiran Acap di bukit itu dan di Gua Kandu,” katanya.

Mohd Azarul turut mengharapkan agar keluarga Acap dapat mengharungi dugaan itu dengan lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Marilah sama-sama kita berdoa agar operasi pencarian ini dipermudahkan dan misteri kehilangan ini selesai hendaknya.

Sumber: Sinar Harian

lizzy

[VIDEO] “Wow Meoww Meoww..”- Elizabeth Tan ‘Sembang’ Dengan Kucing Dipuji Cute!

Gambar sekadar hiasan.

“Kalau Tak Bank In, Mak Sumpah Kau Jadi Ikan Pari!” – Boleh Berdekah Baca Perbualan Lelaki Ini Melayan Scammer!