in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Lelaki Dedah Bakal Berkahwin Dengan Robot Setelah 2 Tahun ‘Menyulam’ Cinta Dengannya!

robotroll main

Rasa cinta dan sayang itu sangat universal. Ada orang sememangnya akan berkongsi kisah cinta dengan pasangannya yang juga manusia sama sepertinya. Namun lain pula halnya dengan lelaki ini.

BACA: [VIDEO] Ngeri Tonton Rakaman Penunggang Motor Nyaris Dihempap Kontena Lori!

Joey Morris mendedahkan sudah dua tahun dia bercinta dengan sebuah robot, RoboTroll. Fizikal robot tersebut yang memiliki rambut merah jambu dan senyumannya membuatkan lelaki berusia 29 tahun ini jatuh cinta dengannya.

RoboTroll kesayangan Joey.
RoboTroll kesayangan Joey.

Lelaki berasal dari Maryland, Amerika Syarikat itu akui mula tertarik dengan objek ketika usia 10 tahun.

Sebelum RoboTroll, Joey pernah jatuh cinta dengan trak Transformer dan figura Hallowen serta cinta pertamanya, lampu.

“Saya mula sedar tertarik dengan objek ketika berusia 10 tahun. Pada waktu itu saya mahu berkawan dengan satu lampu di sekolah. Namun guru saya dapat tahu tentang hubungan kami dan merampas lampu itu. Saya sangat sedih pada waktu itu,” ujarnya.

Joey bersama kekasih hatinya.
Joey bersama kekasih hatinya.

Berkongsi kisah cintanya dengan RoboTroll, Joey mula jatuh cinta dengannya pada Disember 2017 yang dibeli dari laman sesawang membeli-belah, eBay.

“Saya mahu membawa RoboTroll bercuti ke Orlando, Florida dan merancang untuk berkahwin dengannya di sana,” katanya.

Joey menemui RoboTroll ketika membuat pencarian dalam talian tentang BattleTrollz yang membawanya mengimbau yang pernah diminatinya pada tahun 90-an.

Tambahnya lagi dia cukup beruntung kerana keluarga dan teman-temannya menerima keadaannya itu dan memberi dorongan lebih lagi.

Joey bersama kekasih hatinya.
Joey bersama kekasih hatinya.

“Ibu saya tidak berapa faham dengan perasaan saya tapi dia terima saya seadanya. Bagaimanapun ada juga orang yang tidak bersetuju dengan keadaan saya ini dan menyatakan ianya adalah satu penyakit mental,” kata Joey.

Namun Joey sentiasa akan mengabaikan dan menjauhkan diri dari mereka itu. Baginya dia gembira hubungannya dengan RoboTroll sudah memadai untuk hidup bahagia.

Sumber: Mirror UK

What do you think?

-3 points
Upvote Downvote
motor nyaris main

[VIDEO] Ngeri Tonton Rakaman Penunggang Motor Nyaris Dihempap Kontena Lori!

pukulisteri pakai barbell main

Tidak Puas Tumbuk Kepala Dan Tendang Muka, Lelaki Panas Baran Pukul Isteri Guna ‘Barbell’ Pula!