in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LoveLove OMGOMG WTFWTF

[VIDEO] “Macam Benar-Benar Dijampi!” – Remaja Ini Nyanyi Lagu ‘Jampi’ Buat Ramai Yang Terpaku!

bagai dijampi main

Mendengarkan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini sahaja pun sudah boleh buat diri terpaku. Dengan suaranya yang cukup merdu, susunan lirik dan adunan melodinya cukup enak menjadi halwa telinga.

BACA: Tidak Puas Tumbuk Kepala Dan Tendang Muka, Lelaki Panas Baran Pukul Isteri Guna ‘Barbell’ Pula!

Beberapa hari lalu tular dengan satu video seorang remaja yang menyanyikan lagu Jampi itu di media sosial. Di kongsikan oleh pemilik akaun Twitter, Yoohana, ia meraih 169,00 tontonan dan hampir 14,000 retweets. Wow!

Difahamkan video itu dirakamkan ketika rakaman rancangan Muzik Muzik di UiTM Shah Alam. Remaja berkanaan, Muhammad Firdaus Abdul Rafi turut berkongsikan video berkenaan melalui akaun Instagram miliknya, Daus Husny.

bagai dijampi 3

Menerusi kapsyennya, dia berkongsikan detik bagaimana dia boleh berduet dengan Sarah Suhairi ketika rakaman rancangan itu.

Menurut pelajar UiTM ini, dia menawarkan diri untuk berduet dengan Sarah Suhairi selepas peluang itu diberikan oleh pengacara rancangan itu iaitu Sherry Alhadad dan Haziq Hot FM.

“Tiba-tiba pengacara tanya ‘siapa nak nyanyi?’. Aku dengan sengalnya angkat tangan since no one angkat tangan,” tulisnya.

Walaupun gementar, namun persembahan pelajar ini yang diiringi bersama Caliph Buskers mendapat sorakan dan tepukan gemuruh dari penonton. Malah jelas kelihatan Sherry dan Sarah Suhairi turut terkejut dengan bakat Firdaus.

Rakaman ini turut mendapat perhatian penyanyi asal lagu ini, Hael Husaini dan beberapa selebriti tanah air yang meninggalkan komen memuji bakat yang dimiliki pelajar ini.

Rata-rata netizen turut sama terpaku dengan suara Firdaus dan meninggalkan komen seperti berikut:

“Sedap gila suara dia!”

bagai dijampi 1

“Dia punya tahap keyakinan tu…”

bagai dijampi 2

Sumber: Yoohana / Daus Husny / mStar

What do you think?

2 points
Upvote Downvote
pukulisteri pakai barbell main

Tidak Puas Tumbuk Kepala Dan Tendang Muka, Lelaki Panas Baran Pukul Isteri Guna ‘Barbell’ Pula!

zizan traffic light main

[VIDEO] Gelagat Zizan Razak Bila Berdepan Dengan Lampu Isyarat ‘Berpuaka’ Bikin Netizen Berdekah!