in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Misteri Bau Busuk Dari Rumah Sebelah Akhirnya Terjawab Dengan Penemuan…

misteri bau busuk main

Misteri bau busuk seakan mayat di sebuah rumah di kawasan perumahan teres di Bandar Mahkota Cheras, Kajang akhirnya terbongkar.

BACA: [VIDEO] Julang Adat Melayu Klasik, Pasangan Pengantin Diraikan Penuh Meriah Macam Zaman Dulu-Dulu!

Menurut pihak bomba yang menerima laporan daripada polis yang memaklumkan mengenai kejadian itu, rumah berkenaan kosong sejak lebih sebulan lalu.

Susulan itu pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian bagi memecah masuk rumah berkenaan yang berkunci.

55704669_1643223562476993_6008436187977482240_n

“Kami terpaksa memotong mangga kunci pada pagar dan pintu bagi membolehkan polis membuat pemeriksaan,” kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn, Mohamad Akmal Mohamad Khairi.

Hasil pemeriksaan, mereka menemui lapan bangkai kucing yang sudah reput dan tiga kucing yang masih hidup namun dalam keadaan lemah dipercayai kerana tidak makan dan minum.

55869070_1643223549143661_9131075818183720960_n

 

Lah…Tapi siapa pula yang mengurung kucing berkenaan di rumah kosong itu?

Menerusi sebuah laporan hari ini, rumah kosong itu disewa dan dijadikan pusat jagaan haiwan rupa-rupanya.

Kata jiran di perumahan tersebut, Nagajothi Subramaniam, 50, rumah itu disewa lelaki dan wanita pada penghujung tahun lalu dan menjadikannya sebagai pusat jagaan kucing serta anjing sejak Januari lalu.

Malah sebelum ini Nagajothhi dan anak-anak pernah ‘bertekak’ dengan pasangan tersebut kerana bunyi bising dengan salakan dan bau busuk najis serta bulu haiwan yang bersepah.

photo_2019-04-03_12-13-53_1554265239

Tambahnya lagi beberapa hari sebelum perayaan Tahun Baru Cina, rumah itu dikunjungi ramai orang yang menghantar kucing dan anjing. Kira-kira 30 ekor anjing ditempatkan di bahagian bawah rumah dan selebihnya kucing diletakkan di tingkat atas.

Namun selepas perayaan itu jumlah haiwan tersebut berkurangan selepas di ambil pemilik masing-masing.

Bagaimanapun selepas rumah itu kosong dia ada dengar bunyi kucing dari situ tapi tidak mengesyaki apa-apa. Anak lelakinya berusia 27 tahun terhidu bau busuk dari rumah itu sebelum mereka menghubungi polis.

misteri bau busuk 1

Alahai kesiannya haiwan-haiwan tersebut. Sungguh tidak bertanggungjawab ya perbuatan ini! Sepatutnya pasangan itu upah orang untuk memantau keadaan rumah berkenaan. Bukannya tinggalkan begitu saja.

Sumber: Harian Metro

sufian

[VIDEO] “Wow Simpan No Lagi..”- Sahut Cabaran Call ‘Ex GF’ Cakap Sorry, Sufian Suhaimi Jadi Tumpuan!

silat ghaib main

[VIDEO] “Pergh! Baru Buka ‘Bunga’ Dah Hilang?” – Netizen Terhibur Dengan ‘Persembahan’ Silat Lelaki Ini