in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

[VIDEO] Alahai Kesiannya, Model Cilik Ditendang Ibunya Gara-Gara Penat Untuk Teruskan Penggambaran!

niu niu main

Satu rakaman yang memaparkan seorang wanita menendang punggung anak perempuannya yang masih kecil tular di laman sosial baru-baru ini. Wanita tersebut teruk dikecam netizen.

BACA: Netizen Sebak Dengan Nasib Adik Berusia 12 Tahun Yang Ditinggalkan Hidup Sendirian

Kanak-kanak perempuan itu dikenali sebagai Niu Niu yang juga merupakan model cilik bagi beberapa jenama pakaian di China.

Dalam rakaman itu kelihatan kanak-kanak berusia 3 tahun itu sedang berdiri dan dibelakangnya ada seorang wanita.

0_PAY-AsiaWire-ModelKick-02

0_PAY-AsiaWire-ModelKick-01

Dalam beberapa saat, wanita itu menendang Niu Niu di bahagian belakang membuatkan kanak-kanak itu hampir tersungkur jatuh.

Rakaman itu mendapat perhatian ramai dan ditonton lebih 37 juta kali dan kecaman dari netizen.

Kebanyakan dari mereka menganggap ini adalah salah satu daripada penderaan kanak-kanak. Malah ibu Niu Niu juga dituduh mengeksploitasi kanak-kanak itu demi mendapatkan wang.

Netizen turut memaksa ibu Niu Niu untuk memohon maaf. Menurut kenyataan yang dikeluarkan wanita itu melalui akaun laman sosialnya, dia tiada niat untuk mencederakannya dan meminta maaf atas salah faham yang timbul atas perbuatannya.

0_PAY-AsiaWire-ModelKick-04

“Anak perempuan saya menerima perhatian dan kasih sayang secukupnya. Terima kasih kerana memahami,” ujar ibu Niu Niu.

Difahamkan wanita tersebut berkelakuan sebegitu kerana anaknya itu tidak mahu meneruskan pengambaran disebabkan kepenatan.

0_PAY-AsiaWire-ModelKick-11

Mengikut undang-undang pengiklanan di China, syarikat dilarang dari menggunakan kanak-kanak dibawah 10 tahun sebagai jurucakap mereka.

Seorang peguam berkata persoalannya adakah Niu Niu dipergunakan oleh ibunya sendiri? Kasihan Niu Niu terlepas dari melalui kehidupan seorang kanak-kanak yang sebenar.

Sumber: Mirror UK

adam

[VIDEO] “Cam Photostat Jer Kan..”- Wajah Comel Anak Adam Corrie Raih Perhatian Peminat!

ebit

[VIDEO] Lebih 400 Ribu Tontonan, Ebit Lew Terkejut Ada Orang ‘Terbaring’ Bawah Jambatan