in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Saintis Keluarkan Amaran Elak Makan ‘Seafood’ Bercengkerang Yang Tercemar Di Selat Melaka

seafood selat melaka maib

Makanan laut sudah pastinya menjadi pilihan ramai jika berkunjung ke destinasi berhampiran pantai seperti Melaka dan Port Dickson. Manakan tidak rasanya lebih segar dan harganya juga berpatutan.

BACA: [VIDEO] Boleh Berdekah Dengar Pesanan Dan Pengumuman Dari Krew Penerbangan Ini!

Namun begitu baru-baru ini orang ramai dinasihatkan untuk elak dari makan makanan laut yang hidup di laut Selat Melaka. Ini kerana kandungan logam berat yang tinggi telah dikesan di laut Selat Melaka.

Laut Selat Melaka.
Laut Selat Melaka.

Pencemaran logam berat.

Hidupan bercengkerang seperti ketam, kerang, udang dan lain-lain lagi sangat terdedah pada kandungan tinggi logam berat tersebut.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Pensyarah Kanan Program Biologi Marin, Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Ong Meng Chuan berkata menerusi kajian yang dijalankan pasukannya, pencemaran logam berat seperti arsenik, kadmium, plumbum dan merkuri banyak dikesan di kawasan muara sungai dan pelabuhan di sepanjang Selat Melaka.

Kawasan lain yang tercemar.

Tambahnya, antara kawasan yang dikesan menghadapi pencemaran logam berat itu sekitar pelabuhan di perairan Johor, Pelabuhan Klang dan muara sungai di Pulau Pinang.

Kaitan dari pencemaran ini kepada makanan laut bercengkerang adalah haiwan ini mendiami habitatnya dan tidak bergerak ke tempat lain. Jadi ia mendapatkan sumber makanan dari tempat ia tinggal.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

“Jadi jika perairan itu dicemari logam berkenaan sudah pasti ia turut mencemari haiwan bercengkerang itu dan seterusnya dimakan oleh manusia,” ujarnya.

Kesan kesihatan pada jangka masa panjang.

Katanya lagi, tidak ramai yang menyedari akan kesan dari pencemaran ini daripada sumber makanan laut kerana boleh menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia kerana ia melibatkan jangka masa panjang.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Antara penyumbang kepada pencemaran di laut Selat Melaka ini adalah kerana peningkatan sektor perindustrian di kawasan pelabuhan dan muara sungai serta keadaan lautnya yang cetek.

Jangan ambil remeh isu pencemaran ini.

Keadaan ini cukup membimbangkan. Jika dilihat contoh terbaru, Sungai Kim Kim yang tercemar dan memberi kesan kepada seluruh penduduk di sekitarnya.

“Jadi kami berharap kerajaan dan pihak berkaitan perlu bertindak tegas dan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang kepada pihak yang ambil remeh mengenai isu pencemaran logam berat di kawasan perairan Malaysia,” katanya.

Apa-apa pun, janganlah disebabkan sikap pentingkan diri dan tamak mengaut keuntungan sehingga sanggup ‘tergadai’ alam sekitar yang menjadi tempat tinggal kita semua.

Sumber: NST / Public Health Malaysia

Telefon Pintar Harga Bajet! Wajib Jadi Milik Anda Tapi Apa Yang 'Best' Pasal HONOR 10 LITE?

Jika anda tercari-cari telefon, pastinya yang sangat diinginkan anda dalam satu telefon pintar yang mana dalamnya memiliki kecanggihan yang luar biasa bukan? Yang difikirkan, harga ribuan ringgit saja dapat penuhi keinginan anda namun anda salah kerana dengan hanya telefon pintar HONOR 10 LITE, anda akan rasai satu kecanggihan yang luar biasa dengan harga yang sangat murah!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote
bellla1

[FOTO] “Macam Anak Patung.. Cantik Sangat”- Netizen

nelydia

[FOTO] “Shuib, Wak Doyok..”- Komen ‘Wajah’ Suami Nelydia Senrose, Teruk Dibidas Peminat!