in , ,

CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Telefon Pintar Harga Bajet! Wajib Jadi Milik Anda Tapi Apa Yang ‘Best’ Pasal HONOR 10 LITE?

C9EF4C62-3399-4BAC-9307-6C90C526CD54

Jika anda tercari-cari telefon, pastinya yang sangat diinginkan anda dalam satu telefon pintar yang mana dalamnya memiliki kecanggihan yang luar biasa bukan?

Yang difikirkan, harga ribuan ringgit saja dapat penuhi keinginan anda namun anda salah kerana dengan hanya telefon pintar HONOR 10 LITE, anda akan rasai satu kecanggihan yang luar biasa dengan harga yang sangat murah!

foto1
HONOR 10 Lite

Meskipun dengan berharga RM749 saja, telefon pintar HONOR ini sememangnya sangat canggih dan ia tidak dapat dinafikan lagi malah telah dilengkapi teknologi yang cukup sempurna.

HONOR pada kali ini hadir untuk gembirakan anda. Awesome, mampu milik dan wajib anda memilihnya kerana telefon pintar ini hadir dengan fungsi super best.

1. Rekaan Bergaya Dengan Warna Yang Mempersonakan

foto2

Tidak lengkap jika anda tidak ketahui beberapa ‘fungsi best’ yang mana cukup membuatkan anda terpesona dengan HONOR 10 LITE yang mana hadir dengan rekaan menarik bagi memberikan kesan kilauan pada anda. Pasti jatuh hati!

Bukan itu saja menerusi segmen telefon pintar BAJET, HONOR 10 LITE merupakan satu-satunya yang menampilkan rekaan bertakuk kecil titisan air pada skrin bahagian atas peranti. Telefon pintar canggih ini tetap mengekalkan badan skrin 5.2 inci bagi memastikan ia sentiasa sesuai di telapak tangan anda.

Tidak hanya itu, dengan diilhamkan menerusi warna yang cukup mempersonakan. HONOR 10 LITE hadir dengan pilihan warna seperti Sky Blue, Shiny Red, Sapphire Blue dan Midnight Black. Warna cukup elegen!

f4 f5 f6

Bagi paparan skrin pula, ia sangat memuaskan anda apabila HONOR 10 LITE lebih luas dan mendalam dengan nisbah skrin ke badan 19.5:9 pada kadar 90%. Paparan  telefon pintar ini memberikan anda pandangan yang terbaik!

2. Kamera Selfie 24 MP, Jadikan Anda lebih SEMPURNA

f7

Sangat rugi, jika anda tidak ketahui segmen kamera dimiliki HONOR 10 LITE! Mana taknya, telefon pintar ini hadir dengan kamera selfie 24 MP yang mana mampu membuat pengecaman objek berasaskan teknologi AI.

Malah ia juga dapat membezakan lebih daripada 200 senario daripada 8 kategori pengambaran dan kamera hadapan berkuasa AI ini dapat memproses serta merta setiap butiran diri yang ditangkap anda dengan pose yang anda suka. Sangat hebat!

Bukan itu saja, HONOR 10 LITE juga memiliki teknologi 4-dalam-1 light fusion yang mana memberikan anda satu penangkapan foto yang cukup cantik meskipun dalam keadaan yang malap. Tentu saja itu yang paling anda mahukan!

f8

Kamera HONOR 10 LITE hadir dengan pelbagai teknologi hebat dan mampu memberikan anda satu foto selfie yang cukup terbaik walau dalam cahaya siang atau malam. Dengan mod HDR Pro, ia akan melaraskan mengikut situasi yang berbeza dan berfungsi untuk stabilkan cahaya dalam foto agar tampak lebih perfect.

Maklumlah, kadang kala selfie sampai banyak kali tapi hanya beberapa saja yang menjadi. Namun dengan adanya HONOR 10 LITE, beauty algorithm telah diselaraskan mengikut jantina, kulit dan umur. Sudah tentu, ia membantu foto selfie anda untuk selalu jadi yang terbaik!

Jika anda seorang kaki selfie, pergi mana-mana mesti selfie! HONOR 10 LITE sememangnya sangat sesuai untuk anda. Dengan hanya telefon pintar ini saja pelbagai foto selfie ikut mood anda boleh ditangkap.

Selfie cantik dengan KAMERA HONOR 10 LITE

1

Nak hasilkan selfie cantik seperti ini mudah saja! Anda hanya perlu menggunakan kamera selfie 24 MP ini, jangan risau ia telah dilengkapi AI Selfie yang mampu menyunting foto anda dengan menghilangkan kesan minyak pada wajah, melaraskan pelansingan muka, kulit nampak licin dan tentu saja tidak kelihatan tua dari usia, umur 25 tapi nampak macam 55 tahun.

Kini tidak lagi! Anda hanya perlu mengaktifkan AI Beautification Face maka anda akan dapat mencari tahap kecantikan yang anda inginkan. Confirm puas hati!

Malah HONOR 10 LITE juga mampu menjadikan selfie anda seperti ini. Yang mana, anda dapat menggunakan soft lighting, butterfly lighting, split lighting, stage lighting dan classic lighting.

selfie1 No Lighting                                                                    Soft Lighting

Dengan bantuan teknologi AI!

Pelbagai jenis situasi anda dapat hadapi. Maklumlah kadang-kadang tempat cantik tapi sebab cahaya buat foto nampak kurang menyerlah. Tapi untuk dapat selfie seperti beberapa jenis teknik ini, anda hanya perlu menggunakan kamera HONOR 10 LITE dengan memilih mode 3D lighting saja. Semuanya jadi cantik dan WOW!

Dengan satu kamera saja anda dapat foto yang sangat cantik begini. Syoknya! bantuan teknologi AI ini juga sebenarnya mampu membuatkan anda mengambil selfie dengan lebih sempurna. Nanti tak nampak la, lebam bawah mata tu! Muka pun selalu nampak berseri.

selfie2Butterfly Lighting                                                       Split Lighting

selfie 3Stage Lighting

3. Dwi-Kamera Belakang 13 MP + 2MP, Lihat Diri Anda Yang Sentiasa Kelihatan Terbaik!

f9

Meskipun kamera hadapan membantu anda jadi yang terbaik walau dari mana-mana situasi sekalipun, sebenarnya telefon pintar ini juga dilengkapi dengan dwi kamera belakang yang mengabungkan 13MP bersama 2MP dengan bukaan aperture f/1.8 da f/2.4 yang membolehkan anda kelihatan seperti seorang yang professional.

Kamera ini mampu membuat lebih 500 senario  dalam 22 kategori yang secara automatic menerapkan tetapan yang terbaik untuk membuat penangkapan yang sangat sempurna!

Tidak hanya itu, fotografi malam dengan AIS Night Mode membuatkan anda boleh tingkatkan penangkapan foto malam anda dengan pengesanan yang luar biasa bagi menstabilkan foto yang ditangkap anda.

4. Dilengkapi EMUI 9.0, Kesan Yang Terbaik Untuk Anda!

f10

EMUI 9.0 menjadikan AI lebih mudah diakses oleh pengguna dengan HiVision yang mana termasuklah dengan pengendalian perjalanan, bantu menguruskan pembelian dan menterjemah Bahasa dengan mudah melalui Realiti Terimbuh (Augmented Reality).

HiVison membolehkan kamera mengenal pasti mercu tanda selain mengetahui maklumat karya seni terkenal di beberapa bandar di seluruh dunia.

Bukan hanya itu, HiVision juga berfungsi sebagai pembantu membeli-belah peribadi. Yang mana ia akan membawa anda ke platform e-dagang dengan hanya anda perlu mengimbas sesuatu item. HiVision juga boleh mengenal lebih daripada 10 bahasa dan menterjemahkan teks atau foto ke dalam bahasa yang dikehendaki. Fungsi ini sangat sesuai untuk anda ketika lakukan aktiviti di luar tau!

5. Komunikasi AI Cukup Hebat!

f11

Jika anda suka sangat bergayut atau kerana kerja memerlukan anda sentiasa membuat panggilan, pasti anda ingin sesuatu yang terbaik maka kerana itulah dengan HONOR 10 LITE ini telah dilengkapi prestasi panggilan sangat canggih.

Meskipun dalam suasana bising atau sedang berada dalam pengangkutan awam sekalipun, teknologi komunikasi AI ini akan membuatkan anda rasai peningkatan ‘kualiti’ ketika membuat panggilan. Sangat selesa!

Bukan itu saja, telefon pintar ini juga hadir dengan Elevator Mode yang mana akan memastikan kelancaran di saat anda melayari Internet, sedang  menonton video sekalipun, ia akan meningkatkan prestasi penstriman video disaat dalam lif atau perjalanan keluar dari pejabat.

6. Spesifikasi yang terlampau terbaik!

f12

Telefon pintar yang terlalu banyak fungsi hebat ini menggunakan cip HiSilicon Kirin 710. Memiliki empat teras utama A73, HONOR 10 LITE ini juga mampu mengurangkan penggunaan kuasa keseluruhan dan memberikan prestasi lancar malah lebih lancar daripada sebelum ini.

Paling utama, ia juga dilengkapi memori 3GB Ram yang memberikan kepentingan kepada kesan kelajuan ketika pemprosesan telefon pintar ini. Storan yang diberi 32GB dan 64GB yang mana boleh diperluaskan sehingga 512 GB. Ia bermakna telefon pintar ini boleh menjadi tempat ‘penyimpanan’ untuk anda.

Tapi berbicara mengenai fungsi, bahagian bateri juga sangat penting bukan? jangan risau, HONOR 10 LITE ini hadir dengan kapasiti bateri yang besar, 3400 mAh disamping anda juga tidak perlu cas sepanjang hari. Berbaloi-baloi!

f13

Bila baca fungsi-fungsi dia, rugi sangat kalau dilepaskan begitu saja. Pelbagai fungsi hebat diberi kepada anda tapi hanya harga yang mampu milik. Sangat murah! Kalau tak nak lepaskan peluang ini, cepat layari laman web yang diberikan bagi memudahkan anda untuk miliki HONOR 10 LITE secepatnya!

Layari            : Laman Rasmi Hi Honor

Beli                : Honor Dari Laman LAZADA

kisah periuk nasi main

Individu Ini Luah Sakit Hati Di Media Sosial, Tapi Komen Netizen Pula Memang Lawak!

main casing huawei P30

Cas Telefon Lebih Mudah Dengan Huawei ‘Wireless Charging Case’ Berteknologi Terkini. Letak Je Dah Siap!