in

[FOTO] Wow, Terbaiklah Pasangan Ini Tanam Pokok Untuk Kembalikan Semula Hidupan Liar Di ‘Hutan’!

kembalikan hutan main

Dilaporkan lebih dari 129 juta hektar hutan yang bersamaan dengan saiz Afrika Selatan lenyap dari muka bumi sejak 1990! Saban tahun hutan seluas negeri di Panama musnah. Ini menyebabkan haiwan liar hilang tempat tinggal dan manusia turut terkesan secara tidak langsung.

BACA: [FOTO] “Wow, Samalah!”- Gelagat Adik Ini Tiru Gaya Selebriti Memang Mencuit Hati

Melihatkan keadaan ini, seorang jurugambar dari Brazil, Sebastião Salgado dan isterinya mengambil inisiatif untuk mengembalikan hutan yang telah musnah itu.

Mereka memilih untuk memulakan projek menanam pokok di kawasan hutan yang telah musnah dek kerakusan manusia.

brazilian-couple-recreated-forest-sebastiao-leila-salgado-reforestation-4-5cbebcb2e4c05__700

oct2015_a19_salgado

Disebabkan terlalu letih melihat keadaan di mana hutan musnah dan haiwan liar hilang tempat tinggal, dia memulakan gerakan untuk menanam 20 juta pohon bagi mewujudkan kembali hutan yang telah musnah itu.

20130612105240_photo3E

Salgado bersama isterinya menubuhkan sebuah organisasi kecil, Instituto Terra bagi menguruskan usaha mereka itu.

Setelah 20 tahun usaha pasangan ini nampaknya semakin menunjukkan hasilnya. Kawasan yang dahulunya kering kontang kembali segar dan beberapa spesis hidupan liar kembali ke sana.

kembalikan hutan 2

Projek tersebut memberi inspirasi kepada ramai orang di luar sana mengenai pentingnya ekologi hidupan dengan hutan.

kembalikan hutan 3

Terbaiklah usaha pasangan ini. Semoga kita sama-sama mewariskan bumi ini dengan baik kepada anak cucu kita nanti. Bukannya tanah yang tandus penuh pencemaran!

Sumber: Bored Panda

jabir meftah

“Kalau Tau Ko Nak Viral Aku..”- IG Jabir Meftah Jadi Tumpuan, Jihan Pula Beri ‘Komen’ Lucu!

achey

[VIDEO] Sempena Birthday Isteri, Mark Hadiahkan ‘Lagu’ & Achey Beri ‘Sebidang Tanah’. Terbaik!