in

Asyik ‘Terbabas’ Bangun Sahur? Ini Antara Aplikasi Bantu Pastikan Anda Bangun Pagi!

aplikasi alarm main

Letih dengan rutin harian atau berbuka terlalu kenyang membuatkan tidur malam terlalu lena hingga membuatkan seseorang itu sukar untuk bangun pagi dan bersahur. Lebih-lebih lagi buat pelajar atau pun yang tinggal di rumah bujang.

BACA: [FOTO] Alat Unik Bantu X-Ray Bayi Ini Undang Ketawa Netizen!

Kebiasannya kita hanya menggunakan jam loceng biasa ataupun yang tersedia di telefon pintar untuk bantu kejutkan kita dari tidur. Namun kadang-kadang kaedah ini kurang berkesan dan buatkan kita masih ‘terbabas’ dari waktu bersahur.

Jadi ini antara beberapa aplikasi yang korang boleh muat turun di telefon pintar untuk bantu korang bangun pagi.

1. Alarmy

Sesuai digunakan untuk android dan iPhone, aplikasi ini dinobatkan sebagai jam loceng paling mengjengkelkan dan menjadi antara aplikasi kegemaran ramai.

Buat yang suka sangat tekan butang snooze, sesuailah pakai aplikasi ini. Bagi mematikan jam locengnya korang kena selesaikan tugasan misi seperti soalan matematik atau pun mengambil gambar. Ha..kau, kalau tak bangun juga tak taulah!

alarmy 2

2. UHP Alarm

Tersedia untuk iPhone, aplikasi ini agak ‘kejam’ sebenarnya. Ini kerana kalau korang tidak bangun pada waktu yang ditetapkan, ia akan memuat naik status secara terus ke akaun media sosial korang. Habislah semua orang boleh tahu korang tak bangun sahur!

UHP 1

3. Walk Me Up

Aplikasi ini juga antara yang menarik untuk digunakan. Bila berdering mengikut waktu yang ditetapkan, untuk mematikannya korang perlu berjalan sebanyak lima langkah.

Nak tak nak memang kena bangun jugakan? Melainkan kalau korang mampu bertahan mendengar jam loceng berbunyi dalam tempoh yang panjang! Hanya tersedia untuk pengguna android.

walk me up

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua ya! Dan selamat bangun sahur dan berpuasa!

Sumber: Google Play

lukisan debu main

[VIDEO] Lelaki Ini Hasilkan Lukisan Dari Debu Di Cermin Kereta Dan Hasilnya Sungguh Menakjubkan!

sampul duit raya main

[FOTO] Benda Boleh Guna Buat Apa Buang? Idea Kreatif DIY Hasilkan Sampul Duit Raya Ini Memang Terbaik!