in ,

Balik Kampung Di Kelantan Naik Helikopter? Kalau Mampu Bayar RM30,000 Sehala Apa Salahnya…

balik kelantan helikopter main

Tinggal beberapa hari sahaja lagi hari raya bakal menjelma. Dalam keghairahan menyambut hari raya pasti ada benda yang anda paling tidak gemari iaitu, kesesakan lalu lintas bila balik ke kampung.

BACA: Belum Tukar Duit Raya? Ini Cara Mudah Untuk Tukar Duit Baru Hanya Melalui Mesin ATM!

Setiap tahun, sesiapa yang pulang ke kampung di Pantai Timur pasti teringat akan pengalaman lalu menempuh kesesakan lalu lintas yang ‘maha dasyat’! Lebih-lebih lagi jika bertolak dari Lembah Klang.

Namun tahun ini anda yang mahu ‘kelik Kelate’ (pulang ke Kelantan) tidak perlu lagi menahan sabar dengan kesesakan lalu lintas. Tapi jika berkemampuanlah ya!

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Sewa sahaja helikopter yang tersedia oleh syarikat pengurusan Hazmi Dimasyq Group dengan harga RM30,000 untuk sehala.

Syarikat ini menyediakan sekurang-kurangnya 20 buah helikopter bagi perkhidmatan ‘Balik Raya Elak Jam’ di musim hari raya ini.

Menurut pemilik syarikat berkenaan, Hazmi Hanipa, penerbangan pertama bermula 3 Jun ini dan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu memakan masa tiga jam.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Tambahnya juga dia tidak menyangka perkhidmatan ini mendapat permintaan tinggi terutamanya di kalangan ahli perniagaan.

Jadi korang yang nak balik Kelantan dan kalau mampu, bolehlah menempah penerbangan ini. Setahun sekali apa salahnyakan?

Sumber: Sinar Harian

azhan

“Sumpah Best..”- Ada Ustaz Madi, Tak Sangka ‘Lagu Raya’ 4 Penyanyi Ini Trending No.1!

marisa

[FOTO] “Harini..5 tahun Lepas..”- Keluarga Bahagia, Wajah Marissa ‘Kemain Lawa’