in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Bekas Pekerja Hotel 5 Bintang Dedah Kenapa Dia Tidak Akan Menginap Di Hotel!

main kebersihan hotel

Bila pergi bercuti di dalam atau di luar negara, pastinya hotel antara yang menjadi pilihan untuk anda menginap. Dengan bayaran tertentu untuk satu malam, dalam kepala sudah membayangkan bilik yang bersih dan selesa untuk dijadikan rumah sementara.

BACA: “Siap Ada Background Music!” – Kisah Mohon Cuti Sebab Tiada Air Ini Memang Boleh Buat Berdekah!

Namun adakah benar dari mata kasar anda yang melihat lantai, cadar, tuala dan semua yang ada dalam bilik itu bersih? Kami kongsikan pendedahan daripada bekas pekerja hotel lima bintang mengenainya.

Sebelum itu anda bayangkan betapa teruknya tahap kebersihan hotel sehinggakan bekas pekerja itu sendiri tidak akan menginap di situ.

Realiti Pengurusan Hotel

Vee, 19 tahun adalah bekas pekerja hotel dan mendedahkan realiti di sebalik pengurusan industri perhotelan itu.

Menurutnya dia tidak akan sesekali menginap di hotel lagi selepas bekerja di sebuah hotel 5 bintang di Melbourne, Australia.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Guna Tuala Mandi Lap Mangkuk Tandas!

Antara perbuatan jijik yang dilakukan oleh pekerja hotel adalah menggunakan tuala mandi pelanggan untuk mengelap mangkuk tandas dan dilipat untuk digunakan semula oleh pelanggan.

 

Malah Vee turut menasihatkan kepada anda yang akan bercuti untuk sentiasa membawa tuala mandi anda sendiri. Walaupun tuala itu nampak bersih, jangan sesekali percaya.

“Bila anda menginap di hotel 5 bintang anda fikir akan mendapat tuala dan cadar yang bersih. Tapi bila anda sendiri melihat di sebalik tabir pengurusannya pasti anda akan berfikir banyak kali tentang kebersihannya,” ujarnya.

Tempoh Masa Yang Terlalu Singkat Jadi Punca…

Malah dia turut menceritakan pekerja pembersihan di hotel sering kali diberi tempoh masa yang singkat untuk melakukan kerja-kerja mengemas dan membersih.

Sekurang-kurangnya 45 minit diperlukan untuk membersih ruang bilik biasa bagi hotel 5 bintang tetapi hanya kurang daripada 15 minit diberikan kepada pekerja mereka.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Hotel 5 Bintang Juga Ada Isu Kebersihan!

Menerusi kajian yang dijalankan oleh persatuan pekerja Liquor, Hospitality dan Miscellaneous (LHMU), tujuh daripada hotel terkenal di Melbourne mempunyai isu kebersihan disebabkan pekerjanya tidak diberikan tempoh masa yang mencukupi untuk membersih.

Persatuan itu juga turut mendedahkan bilik hotel tersebut mempunyai tandas yang kotor dan bilik air yang berlumut serta cadar dan tilam dipenuhi bakteria.

Mungkinkah industri perhotelan di Malaysia turut menjalankan perniagaan seperti ini? Hanya yang bekerja hotel-hotel sahaja yang dapat mengesahkan!

Sumber: Daily Mail

What do you think?

-8 points
Upvote Downvote
bella4

[FOTO] “Cantiknya Strong Woman Kita Ni..”- Netizen

cats

Datin Eina Azman ‘Post’ Video Masakan, Ini ‘5 Resepi’ Berbuka Paling Disukai Ramai!