in ,

AngryAngry CuteCute LOLLOL OMGOMG WTFWTF

Bengang Ambulans Lambat Gerak, Petugas Kecemasan Kena Tampar!

(BARU) Featured Image HCL

Biasanya bila kita ke hospital untuk mendapatkan rawatan, kita akan ucapkan terima kasih kepada staf hospital. Tetapi seorang pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur tidak begitu bernasib baik apabila dia menerima tamparan daripada salah seorang keluarga mangsa kemalangan yang dibantunya.

BACA: [VIDEO] “Ya Allah Semoga Selamat..”- Isteri Aliff Syukri Masuk Hospital, Tak Sangka Hamil Anak Kembar!

Ketika kejadian berlaku sekitar pukul 3 pagi, mangsa baru lepas dimasukkan ke jabatan kecemasan menggunakan kerusi roda apabila seorang lelaki datang dengan kata-kata hamunan menyoalkan kenapa mangsa tidak segera dibawa ke hospital setelah masuk ke dalam ambulans. Lelaki itu turut mengugut untuk menyebarkan muka petugas kecemasan tersebut kerana tidak menjalankan tugas.

Petugas kecemasan menerangkan bahawa mereka perlu membuat pemeriksaan awal terhadap pesakit seperti membalut luka dan mengalirkan cecair kedalam badan sebelum ambulans boleh bergerak. Penyelia hospital dan anggota polis bantuan juga cuba memberi penjelasan tapi tidak diendahkan. Kemudian seorang lelaki lain pula datang untuk sambung membuat kecoh sehingga mengganggu waris pesakit lain.

ambulance-interior_eyk4h79t__F0004
Foto sekadar hiasan

Petugas kecemasan tersebut yang merupakan Penolong Pegawai Perubatan HKL cuba mengiringi lelaki itu keluar agar tidak mengganggu orang lain, namun tiba saja di luar pintu, satu tamparan hinggap di pipinya! Malangnya apabila polis bantuan dipanggil, lelaki itu dan kumpulannya telah pun beredar. Mujur kejadian itu dirakam jelas oleh CCTV termasuk nombor plat kenderaan yang dinaiki penyerang.

Laporan polis telah pun dibuat kerana serangan ke atas penjawat awam adalah satu jenayah yang boleh membabitkan hukuman penjara dan denda.

61399996_10156521906187523_7787024901650513920_n

Kejadian itu menarik perhatian pakar perubatan HKL Datuk Dr Alzamani Mohammad Idrose yang berkongsikan kisah itu di Facebooknya sambil memuji kecekalan petugas-petugas perubatan walaupun kejadian seperti ini memang selalu berlaku kepada mereka.

fb-vert
Ruangan komen pula dibanjiri dengan netizen menggesa supaya laporan polis tidak ditarik balik dan diteruskan dengan saman walaupun pelaku meminta maaf, untuk menjadikan pengajaran kepada orang ramai yang tidak reti menghargai jasa budi penjawat awam.

“Tolong jangan tarik balik report…”

komen2-vert

“9 tahun di jabatan kecemasan…maki hamun dah jadi makanan…”

komen1 kmen

 

Sumber: NST, Alzamani Mohammad Idrose

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shukri

“Tengok La Ni Cane Tk Melting..”- Post 2 Foto, Shukri Yahaya Digelar Jericho Rosales Malaysia!

(BARU) Featured Image HCL

“Orang Gemuk Ni Tak Cantik Ke?”- Shakilla Tekad Turunkan 7kg Sebelum Kembali Berlakon