in

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Berlagak Diva, Sikap Neelofa Ditegur Penaja MeleTop

(BARU) Featured Image HCL

Pemilik Glowing Party House yang menaja program Meletop sempena meraikan 1 juta pengikut di Youtube telah tampil dengan satu status Facebook bagi meluahkan rasa terkilannya terhadap sikap tidak profesional Neelofa.

mas

BACA: Gara-gara bawal Misora, Neelofa trending no.2 di Twitter

Dalam status tersebut, Masviona Mohammad mengkritik tindakan Neelofa yang tidak menjaga perasaan orang lain apabila pengacara MeleTop itu mengarahkan semua dekorasi belon yang telah siap disusun dialihkan mengikut kehendaknya.

Menurut Masviona, Neelofa tanpa segan silu meminta agar dekorasi belon ditolak ketepi supaya tiada di belakangnya, ataupun kalau boleh tiada langsung dalam rancangan itu.

yt neelofa-vert

Neelofa berkelakuan seperti itu walaupun sedar bahawa pihak penaja ada dihadapannya. “Tidakkan beliau sedar yang perkara tersebut akan mengguris perasaan kami selaku penaja?” tambah Masviona lagi.

Lagak diva dan pentingkan diri sendirinya itu tidak terhenti di situ apabila ditengah-tengah rancangan yang sedang berlangsung secara live, Neelofa masih boleh menolak-nolak dan mengalih susunan yang telah dilakukan oleh master balloon artist dengan lagak tidak selesa.

Masviona turut membandingkan sikap tidak profesional Neelofa dengan pasangan hostnya Nabil Ahmad yang dikatakan lebih merendah diri dan berdedikasi.

WhatsApp Image 2019-05-29 at 20.14.33

“Bila ada waktu senggang, Nabil dengan bersungguh-sungguh akan menghafal nama-nama sponsor dan sebagainya” jelas Masviona. “Seingat kami sepanjang tempoh kami bekerjasama ini (6 tahun lepas) hanya Nabil yang beria² memberikan live mention pada penaja dan Neelofa tidak melakukan perkara yang sama.”

Tindakan Masviona membawa perkara itu ke laman FBnya secara publik mendapat kecaman hebat dari netizen yang mengatakan dia mencari publisiti murahan.

“It’s okay jika dia nak berlagak diva.”
diva-vert

Disamping itu ada juga yang menyokong Maviona berikutan ramai netizen yang memperlekehkan bisnes hiasan belonnya.

“Korang tak nampak ke macam mana si Neelofa tu tidak beradab?”

pos-vert

“Tipikal malay…’Belon jer pun’?”

bjp-vert-vert

Sumber: FB, Malay Mail

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

hael

[VIDEO] “Mmg Best..”- Lagu Raya Hael Husaini ‘Trending No.3’, Kini Jadi Sukaan Peminat!

Featured Image HCL

[FOTO] “Sentiasa Cantik Dari Dulu Till Now”- Foto Zaman Muda Dian P. Ramlee Raih Pujian Peminat di Instagram