in

Foto Aisberg Setinggi 45 Meter Terapung Di Perairan Kanada Tarik Perhatian Ramai!

aisberg terapung rumah api main

Baru-baru ini seorang jurugambar amatur berjaya merakam gambar sebuah bongkah aisberg setinggi 45 meter yang terapung di kawasan perairan dikenali sebagai lorong aisberg di pesisir wilayah Newfoundland, Cape Bonavista, Kanada.

BACA: Kaki Lelaki Ini Terpaksa Dipotong Angkara Disengat Ulat Bulu Laut!

Jurugambar tersebut dikenali sebagai Mark Gray sempat merakamkan beberapa keping gambar yang cukup menakjubkan ketika bongkah ais gergasi itu terapung melintasi pesisir Lautan Labrador dari rumahnya.

Gambar-gambar yang dirakamkan olehnya itu kemudian dikongsikan di laman Twitter miliknya.

“Rumah api Cape Bonavista kelihatan kerdil berbanding aisberg gergasi,” tulisnya.

Gambar yang berjaya dirakamnya memang cukup unik sekali! Salah satu darinya menunjukkan betapa besarnya saiz bongkah aisberg itu terapung berhampiran rumah api terkenal di pekan kecil itu.

13735798-7050969-image-a-3_1558386209497

13735800-7050969-image-a-9_1558386309459

13735802-7050969-image-a-10_1558386329161

Difahamkan lorong aisberg itu memang cukup dikenali dengan bongkah aisberg terapung yang bergerak melintasinya ketika lewat musim bunga atau awal musim panas.

Dianggarkan setiap tahun 400 hingga 800 bongkah aisberg melalui perairan dekat Newfoundland dengan rekod tertinggi 2,000 bongkah pada tahun 1984.

Kesemua ais itu berasal daripada beberapa lapisan glasier di Greenland dan dianggarkan berusia antara 10,000 hingga 12,000 tahun.

Sumber: Daily Mail

shuib1

“Nak Merayu..”- Gara2 Shuib Nak Beli ‘Motor Y15’, Kapsyen Pujuk Siti Sarah Buat Ramai Tag Isteri!

zizi

Post Video Nyanyi, Aliff Syukri Minta ‘Vote’ Zizi Kirana Atau Sajat Untuk Jadi Pasangan Duet!