in ,

[FOTO] Hebat! Guru Ini Sanggup Jadi ‘Pameran Seni Bergerak’ Demi Hargai Hasil Seni Muridnya!

seni bergerak 5

Pengorbanan seorang guru demi mendidik anak-anak muridnya boleh dilihat dalam pelbagai cara. Ada yang jelas menunjukkan cara bagaimana mereka mendidik anak-anak dan ada juga secara tidak langsung menjadi sumber inspirasi kepada murid-murid.

BACA: Kongsi Keadaan Rumah Flat Di Hong Kong, Tapi Komen Netizen Memang ‘Win’!

Itu yang dilakukan oleh seorang guru pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Gas, Sandakan Sabah, Muhammad Fazri Hassan.

Melalui perkongsian di laman Twitternya sendiri, Fazri Hassan menunjukkan beberapa gambarnya sendiri yang menggayakan baju hasil seni lukisan anak muridnya sendiri.

seni bergerak 6

Fazri Hassan sanggup menjadi ‘pameran seni bergerak’ dengan berjalan sekeliling sekolah demi menghargai hasil seni anak-anak murid program Pendidikan Khas Integrasi Bahasa Melayu (pendidikan khas) yang diajarnya.

Antara foto yang dikongsikan oleh guru ini ketika adakan ‘pameran seni bergerak’ disekolahnya.

seni bergerak 1

seni bergerak 2

Ambil masa tiga hari untuk siapkan rekaan seni ini.

Menurut Fazri, kemeja hasil kerja anak muridnya yang berusia lapan tahun sehingga 10 tahun itu dipakainya pada hari Isnin lalu dan mendapat perhatian di sekolahnya.

Jika dilihat pada corak yang dilukis memang comel, siap ada lukisan pelangi, hati, dan macam-macam lagi.

Rata-rata netizen turut teruja dengan perkongsian ini dan meninggalkan komen seperti berikut:

Siap ada yang nak order tau!

seni bergerak 3

Ramai yang puji cantik hasil seni anak-anak ini.

seni bergerak 4

Sumber: Fazri Hassan / mStar

haneesya

[VIDEO] “Sia2 Belajar Tinggi2..”- Hina Haneesya Hanee, Ini Balasan Padu!

anju

[FOTO] “Bila Jarang Makeup Sekali.. Nora Danish..”- Zarina Digelar Patung, Sangat Lawa!