in ,

CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Gara-Gara Dimarahi Tuannya Kerana Merosakkan Wayar, Kucing Ini Pulang Ke Rumah Membawa ‘Hadiah’!

kucing bawa balik ular main

Korang yang pernah memelihara kucing mesti faham sangat dengan perangai kucingkan? Habit pemakanan, kegemaran mereka dan lain-lain lagi. Tapi habit dan perangai kucing adalah berbeza-beza sama seperti manusia juga.

BACA: [FOTO] Jurugambar Ini Kongsi Rumah Jiran Terbakar Ramadan Pertama Undang Sebak Netizen!

Kadang sukar juga untuk menjangkakan perangai kucing ini. Ada juga yang sejenis kuat merajuk kalau tidak dibelai. Namun semua itu korang hadap sahajalah kalau sudah sayangkan haiwan peliharaan yang comel ini.

Baru-baru ini tular di laman sosial apabila seekor kucing peliharaan seorang pengguna Facebook membawa ular pulang ke rumah.

Apa yang menariknya kucing itu berbuat demikian selepas insiden dia dimarahi tuannya kerana memutuskan wayar earphone sewaktu bermain. Alahai kesian!

“Dia main wayar earphone saya, digigitnya sampai putus. Saya marahlah dia. Kemudian dia keluar dari rumah. Sejam kemudian, dia pulang ke rumah dengan membawa hadiah…”

Wayar earphone yang terputus.
Wayar earphone yang terputus.
'Hadiah' yang dibawa pulang.
‘Hadiah’ yang dibawa pulang.

Amboi, faham pula kucing ini orang marahi dia. Bertanggungjawab gantikannya dengan ‘benda’ seakan sama pula!

Perkongsian oleh Haryanto Pherwirra Ramadhani di group FB Kami Pencinta Kucing itu menarik perhatian ramai dan raih 6,600 shares!

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsiannya itu. Malah ada yang kagum dengan kucing peliharaannya yang bijak itu.

Sumber: Kami Pencinta Kucing

foto rumah terbakar main

[FOTO] Jurugambar Ini Kongsi Rumah Jiran Terbakar Ramadan Pertama Undang Sebak Netizen!

janna

[VIDEO] “Kol 7.15 Kang Aku Buat..”- Janna Nick Masak & Kongsi Resepi 10 Minit Saja, Dipuji!