in ,

AngryAngry

Hampir Disamun Dengan Alasan Ada Kucing Bawah Kereta, Lelaki Ini Mohon Orang Ramai Berhati-Hati!

hampir kena samun main

Ada pepatah yang mengatakan ‘malang tidak berbau’. Manakan kita tahu hari ini ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Tapi selagi boleh elak, kita mampu atasinya dengan sentiasa peka keadaan di sekeliling.

BACA: Tular Majlis Tahlil Di Rumah Penganut Kristian, Ini Kisah Disebaliknya…

Perkongsian oleh pemilik akaun Twitter Bang Nash yang hampir menjadi mangsa samun ini menarik perhatian ramai. Lebih daripada 6,000 retweets dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Kisahnya bermula begini…

Kejadian berlaku ketika Bang Nash memandu dari Gombak menghala ke Sri Gombak. Dia berhenti di lampu isyarat merah dan tiba-tiba dia didatangi seorang lelaki yang menaiki kereta Mercedez berwarna kelabu.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Lelaki tersebut membuat tinjaun bawah kereta Bang Nash secara tidak semena-mena. Kemudian lelaki itu datang ke arahnya dan beritahu ada anak kucing di bawah kereta.

“Masa tu aku terus kunci kereta dan buka tingkap sedikit dalam 2 ke 3 jari macam itu.”

Peka dengan keadaan sekeliling

Tambahnya lagi dia memang suka pandang sekeliling walaupun masa memandu. Pada waktu itu dia tengok di cermin sisi ada 2 orang lagi dalam kereta. Salah seorang dari mereka sudah keluar dari kereta dan berdiri di belakang bonet kereta mereka.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

“Sambil mata aku tengok cermin sisi sebelah kiri. Aku perhatikan juga lelaki yang di sebelah cerminnya. Takut dia ada buat apa-apa. Lepas itu, dia tak bagi aku jalan sebab takut langgar anak kucing tu”

Bila masa pula dia nampak anak kucing itu?

Bayangkan bila masa dia nampak ada kucing di bawah kereta Bang Nash sedangkan kereta mereka pun baru tiba di belakang keretanya?

Memang cukup diragui! Tulisnya lagi, mungkin modus operandi mereka adalah “Bila aku keluar kereta dan check anak kucing bawah kereta, dia boleh terus masuk kereta dan bawa lari kereta aku”.

Tolong ingatkan kepada semua ya!

Nasihatnya, tolong ingatkan kepada semua pemandu untuk sentiasa kunci kereta dan jangan bercakap dengan orang tidak dikenali, lebih-lebih lagi di lampu isyarat.

Tapi jika benar ada kucing sekali pun di bawah keretanya, dengar kata hati. Jika rasa ragu-ragu, dengar kata hati.

Macam-macam zaman sekarang ini ya. Kerja nak senang dapat duit sahaja!

Sumber: Hazertech

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote
Sabah tahlil main

Tular Majlis Tahlil Di Rumah Penganut Kristian, Ini Kisah Disebaliknya…

kfc makan free

Pelajar ‘Kantoi’ Makan KFC Percuma Selama Setahun Dengan Menggunakan Taktik Liciknya!