in

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Hanis Gelisah Puasa Tiba2 ‘Baby ‘Diam’, Kongsi Tips Peka, Netizen Kongsi Kes Sama!

hanis

Berpuasa pada bulan Ramadhan menjadi satu cabaran buat ibu mengandung apatah lagi perlu sangat berhati-hati dalam menjaga baby dalam kandungan kerana bimbang terjadi satu perkara yang tidak diingini berlaku.

BACA: [VIDEO] “Dahsyat La..”- Kejutan ‘Birthday’ Pengurus, Tapi Cara Tokti ‘Padam’ Lilin Kek Lagi Mengejutkan!

Apatah lagi, jika tersalah langkah boleh memberi kesan yang tidak dijangka. Perkara seperti ini juga dialami oleh Hanis Zalikha apabila masuk hari kedua dia berpuasa.

Masuk trimester ketiga..

Menurut Hanis di Instagram, dia adalah seorang yang okay sahaja ketika berpuasa namun apabila masuk hari kedua, baby dalam kandungannya diam dan mengeras setelah solat asar.

View this post on Instagram

Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa. Maknya jenis okay berpuasa. Tak lapar tak dahaga. Tapi hari kedua tu, lepas solat Asar, baby mengeras. Pastu dia diammm je. Baby yang kali ni dahlah sangat responsive, kalau kita letak tangan dia akan high five atau tendang. Tapi masa petang tu kita geletek dia, Daddy dia panggil dia, semua dia taknak respon. Omg nervous. Terus Daddy dia suruh buka puasa minum air dan makan. Dah teguk susu kurma, makan cekelat biskut semua (kemain Maknya), dan dan tu juga baby tendang kuat gila. Aigo, Daddy dia pun kata “ala kesian, ngadu dekat Daddy ya”. Pastu semalam doktor tanya puasa ke tak. Kita jawab tak, doktor kata okay good, some people are really sensitive, bila puasa pun air ketuban boleh berkurangan. Jaga kiraan tendangan je sekarang. Kita tau time2 baby kita aktif, jadi cuma kena peka. Kiraan tendangan tu bukan interval yang tepat sama setiap orang. Ia cuma bantu kita alert waktu aktif baby kita. Doakan keselamatan dan kesihatan kami ya! So untuk kes-kes ibu seperti kita, swipe left untuk sumber dari zakat.com.my tentang fidyah & qada.

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Semakin bimbang, baby keduanya itu adalah seorang yang aktif. Bagaimanapun, suaminya Hairul Azreen menyuruh Hanis agar berbuka puasa dan akhirnya baby kembali aktif.

Setelah ditanya doktor, dia juga mendapat nasihat selain Hanis juga berkongsi tips untuk menjaga kandungan yang perlu dipeka iaitu dengan menjaga kiraan tendangan sahaja buat masa sekarang selain Hanis memuat naik beberapa keping foto mengenai fidyah & qada.

Wanita hamil yang tidak berpuasa..

60478393_401978674045186_7822849098376723391_n 59824307_758264401238476_613212898502817318_n 60285125_2560180090679266_7853462765498568243_n

Sama kes..

Netizen juga tidak ketinggalan berkongsi pengalaman yang sama seperti Hanis diruangan komen.

Screenshot_244 Screenshot_245 Screenshot_246

Saya ada pengalaman..

Screenshot_247 Screenshot_248 Screenshot_249 Screenshot_250

Sumber: Hanis Zalikha

What do you think?

-6 points
Upvote Downvote
ctdk

[VIDEO] “Dahsyat La..”- Kejutan ‘Birthday’ Pengurus, Tapi Cara Tokti ‘Padam’ Lilin Kek Lagi Mengejutkan!

bella4

[FOTO] “Cantiknya Strong Woman Kita Ni..”- Netizen