in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Jual Karipap Guna Imej Serena Redzuawan, Chef Wan Melenting

(BARU) Featured Image HCL

Seorang peniaga karipap yang menggunakan nama dan gambar Serina Redzuawan untuk menjual karipap di pasar Ramadan di Kelana Jaya, Melawati dan Damansara Jaya telah mengundang kemarahan Serina dan Chef Wan.

BACA: Dato’ Aliff Punya Lagu, ‘Budak Baju Kelabu’ Dapat Nama

Perkara itu dipercayai telah berlarutan selama beberapa tahun walaupun Serina sudah berkali-kali meminta orang menegur mak cik itu. Namun hanya baru-baru ini dia berkesempatan untuk berhadapan sendiri dengan pemilik perniagaan tersebut apabila terserempak dengannya di bazaar Ramadan Melawati.

chef wan

Apabila disuruh oleh Serina secara baik untuk berhenti menggunakan imejnya bagi melariskan perniagaan, Mak Cik Karipap memberi alasan dia tidak tahu tidak dibenarkan menggunakan gambar Serina.

Selain itu wanita itu juga berkata “tak boleh kaya pun saya guna gambar you”.

Chef Wan turut meluahkan rasa panas hati terhadap sikap biadap dan tidak tahu malu peniaga itu. “Tak malu ke dah la bulan Ramadan mencari rezeki yg haram exploitasi kan nama orang lain!”, ujarnya di Instagram.

Chef Wan menyarankan agar Serina membawa perkara itu ke mahkamah untuk menyaman wanita itu. Dia turut menasihati orang ramai supaya tidak menyokong perniagaan wanita itu.

Serina menjelaskan di Instagramnya bahawa dia hanya ada menjual karipap frozen di bawah namanya yang dijual melalui sistem agen, dan dibekalkan kepada cafe, restoran, dan stesen petrol terpilih.

View this post on Instagram

Assalamualaikum, I nak umumkan also nak clearkan betul betul Serina only Ada Jual Karipap frozen 3 jenis inti Karipap Montok Daging, Karipap Pusing Ayam & Karipap Pusing Sardin. Also I jual melalui sistem Agen, supply pada Cafe, restaurant, or Station Petronas & Shell terpilih Sahaja. Memang Tak pernah jual di pasar malam atau Bazar Ramadhan. Kalau Ada yg terjumpa jual Karipap guna gambar I. Tolong beri kerjasama whatsapp Gambar atau Video ke No Hotline HQ: 016 6919156, inform juga lokasi ya. Kalau nak beli Karipap frozen Serina Boleh order thru Hotline juga ok. TQ Semua moga Kita banteras kes Eksploitasi Artis & penipuan kepada pelanggan. Bulan Ramadhan pun nak tipu duit orang nak kaut untung dah lupa Halal Haram. #viralmalaysia #viral #tipupelanggan #ramadhan2019 #serinafoodempire #serinassimplydelicious #karipappusingayam #karipappusingsardin #karipapmontokdaging

A post shared by Serina Datuk Redzuawan (@serinaredzuawan) on

 

Sumber: Serina Redzuawan, Chef Wan

(BARU) Featured Image HCL

Dato’ Aliff Punya Lagu, ‘Budak Baju Kelabu’ Dapat Nama

5

“Battinson” Dapat Green Light, Robert Pattinson Ke Alam DC Sebagai Batman