in ,

CryCry CuteCute LOLLOL OMGOMG WTFWTF

Kamera Paling Hebat! 4 Cara ‘HONOR 20 & 20 Lite’ Dapat Meriahkan Raya Anda!

4GhZ4Hgy8zkh6WU6b7kU4E

Memiliki telefon pintar sudah menjadi satu keperluan wajib namun selain kecanggihannya, dengan dunia kini sangat diperlukan juga kamera yang mampu memberikan kesan terbaik.

Malah, raya yang bakal tiba ini ramai yang lebih mengejar ‘kamera’, mana taknya, setiap moments raya sangat bermakna. Jadi tersangatlah rugi jika anda tidak miliki dua siri telefon HONOR yang hadir dengan ciri kamera paling hebat ini.

IMG_0179

Bagi anda yang tercari-cari tetapan kamera yang berbeza maka dengan memilih telefon pintar HONOR 20 & 20 Lite, pastinya anda akan berpuas hati untuk raikan ia bersama pada raya kali ini.

Bagi HONOR 20 Series, ia mempunyai kecanggihan yang tinggi untuk menjadikan setiap foto anda seperti ditangkap oleh jurukamera terhebat yang mana ia dilengkapi 4 kamera belakang! Dengan adanya 4 kamera ini, anda juga dapat menangkap foto dengan 4 cara paling gempak ketika raya ini!

IMG_0172

4 kamera belakang super hebat!

1. Spesifikasi kamera utama jadikan foto sangat jelas!

Kualiti apabila anda menggunakan kamera utama ini, pastinya superb kerana anda tidak lagi mengalami masalah foto yang kabur ketika hari raya. Sudahlah sibuk dengan tetamu datang pasti anda tidak ingin rasa stress ketika mengambil kenangan!

Jangan risau! HONOR 20 Series ini dilengkapi dengan kamera utama 48 MP dan menggunakan sensor Sony IMX586 serta memiliki fungsi 4 dalam 1 Light Fusion. Pastinya ia mampu menjadikan setiap foto anda kelihatan mempersonakan

IMG_0099

Sapphire Blue

Malah HONOR pada kali ini juga telah disertakan dengan AI Ultra Clarity Mode dan AI Image Stabilization, pastinya fungsi tersebut sangat sesuai digunakan pada pencahayaan yang baik selain dapat menambahbaikkan ketajaman dan kejelasan foto.

Paling best! HONOR 20 ini mempunyai AIS Super Night Mode dan pastinya foto anda pada waktu malam juga tidak mengecewakan apabila ia mampu merakam setiap perician dan lebih terang. Ringkasnya, telefon pintar ini akan membuatkan foto tetap kelihatan jelas! Syoknya!

2. Dihadiri Kamera bersudut Ultra Lebar!

Jika sebelum ini, keluarga anda perlu berhimpit-himpit ketika mengambil foto bersama namun kini dengan HONOR 20 ini mereka tidak lagi perlu berbuat sedemikian.

Kamera telefon pintar HONOR 20 ini telah disokong dengan kamera ultra lebar, 16MP dengan bersudut pandang seluas 117 darjah serba baharu yang mana mampu memuatkan keluarga lebih ramai kedalam tangkapan anda.

IMG_0252 (2)

Midnight Black

Jadi, raya pada kali ini anda mahu masukkan dua keluarga sekaligus pun pasti muat kerana kamera ini mampu memperluaskan pandangan anda. Bestnya.

3. Kamera pengesan kedalaman superb!

Bagi menghapuskan masalah foto kabur atau blur juga sangat penting. Dengan telefon pintar HONOR 20 ini juga mempunyai kamera pengesan kedalaman 2MP dengan bukaan aperture f/2.4.

Pasti setiap kali anda berfoto, anda inginkan hasilnya cantik apatah lagi foto raya akan jadi lebih bermakna jika dapat menyimpan memori anda dalam keadaan sempurna. Maka kamera HONOR 20 ini telah hadir untuk membantu penghasilan bokeh dan pastinya akan menjadikan foto anda lebih cantik.

IMG_0259

IMG_01924. Kanta makro untuk kecantikan yang mendekat!

Dalam pada itu, apa yang paling hebat juga apabila kamera HONOR 20 ini dilengkapi dengan kamera makro 2MP yang mana mampu menangkap foto dengan jelas sedekat 4cm dan hasilnya pasti super awesome.

Malah fungsinya juga sebagai lensa zoom yang tidak kurang hebatnya. Selain tiga kamera diatas, dengan adanya lensa ini juga adalah lebih mudah untuk focus ketika rakaman pada jarak yang sangat dekat dan dengan lensa ini juga anda boleh mengambil tembakan melampau dari 4 sentimeter.

Bagaimanapun, dikhabarkan kamera makro tidak pernah lagi digunakan di telefon pintar dan dikatakan HONOR 20 menjadi yang pertama mengunakannya. Wow hebat! Pasti foto raya pada kali ini akan memuaskan hati anda dan membuatkan raya anda semakin ceria dan meriah!

IMG_0271 IMG_0195

Bila sudah dilengkapi dengan ciri kamera yang hebat, pastinya anda juga mahu spesifikasi yang lain turut canggih. Jangan risau dengan HONOR 20 ini dilengkapi Chipset AI yang terkini dengan Kirin 980.

Tapi syoknya juga HONOR 20 memiliki storan yang besar iaitu memori 6GB RAM dengan ruangan penyimpanan besar 128GB. Malah ketahanan bateri sebanyak 3750 mAh disamping  pengecasan pantas juga hadir dengan HONOR 20 Series ini.

Menariknya lagi, HONOR menawarkan harga telefon pintar ini dengan RM 1,699 saja. Pasti tidak menyesal, dapatkan dengan segera! Maklumat lanjut anda boleh tekan laman ini HONOR

Bagaimanapun, bagi kamera telefon pintar HONOR 20 Lite pula berbeza dengan 4 sudut gaya seperti HONOR 20 kerana telefon pintar model ini hanya mengunakan lensa triple atau mempunyai tiga kamera belakang.

Kamera utama 24MP, kamera kedua bersudut ultra lebar 8MP dan kamera ketiga pula mengesan kedalaman 2MP. Namun, ia juga boleh jadi pilihan jika anda mempunyai bajet bawah RM 1000 kerana HONOR menawarkan hanya RM 949 saja disamping memiliki RAM sebesar 4GB dan storan yang ditawarkan sangat luas, 128GB.

Tapi tetap sahaja kamera kedua telefon pintar ini bakal memuaskan hati anda ketika raya kerana penangkapan foto akan ditangkap dengan begitu sempurna!

 

honor

Tiga kamera HONOR 20 Lite                                4 kamera HONOR 20

page

Tampil Dengan ‘Tweet’, Aliff Aziz Nyatakan Hasrat Ingin Rujuk Semula Dengan Bella

shukri

“Tengok La Ni Cane Tk Melting..”- Post 2 Foto, Shukri Yahaya Digelar Jericho Rosales Malaysia!