page
in

AngryAngry CryCry CuteCute LoveLove OMGOMG WTFWTF

[FOTO] Neelofa, Artis Berhijab Pertama Hiasi Papan Iklan Swarovski!

Pelancaran kempen Raya Swarovski dengan bangganya memperkenalkan Neelofa sebagai wanita hijab pertama menjadi wajah kempen Raya tahun ini buat kali pertama di Malaysia.

BACA : [FOTO] Hobi Masa Bujang Dibawa Selepas Kahwin Dan Dilakukan Bersama Pasangan? Jadi Lagi Seronok Tau!

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor berkata, projek ini merupakan permulaan terbaik bagi kolaborasi yang akan datang.

Personaliti terkenal ini diterbangkan terus ke Dubai untuk proses penggambaran koleksi tersebut yang berlatar belakangkan gurun Abu Dhabi yang sangat menakjubkan.

View this post on Instagram

Swarovski SS19 Ramadhan

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

“Syawal adalah bulan yang mana saya mendedikasikan masa dan menekankan nilai dan cara yang boleh saya sumbangkan kepada masyarakat. Aspirasi saya adalah untuk menjadi seorang yang memberi daripada menerima. Seseorang yang memberi kasih sayang, kekuatan dan aura positif.”

“Saya amat percaya yang kehebatan seseorang tidak terlihat pada apa yang dia miliki, sebaliknya apa yang mereka sumbang. Dan satu-satunya cara yang boleh dilakukan adalah apabila mereka memiliki keyakinan, kekuatan dan kualiti dalam memberi kuasa; membolehkan mereka memberi orang-orang di sekitar mereka momen terbaik mereka,” jelas Neelofa menerusi EH! .

Dalam masa sama, Swarovski turut mengumumkan kerjasama terbaharu dengan jenama tudung Neelofa, iaitu Naelofar Hijab.

Naelofar Hijab yang dilancarkan pada 2014 bertujuan untuk merevolusikan hijab modest dan kini dijual lebih daripada 37 buah negara seluruh dunia. Penyatuan khas ini untuk memastikan bahawa kempen Ramadan dari Swarovski kali ini akan membuat pembeli berkilau sepanjang musim.

Sumber: NeelofaEH!

What do you think?

-3 points
Upvote Downvote
ok

[FOTO] “Silap Petik Jari, Hilang Duit Raya”- Beraya Gaya Thanos, Ini Reaksi Lucu Netizen!

hobi sama pasangan main 2

[FOTO] Hobi Masa Bujang Dibawa Selepas Kahwin Dan Dilakukan Bersama Pasangan? Jadi Lagi Seronok Tau!