in ,

CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Paling Hot! Beli Vivo V15 ‘Blossom Pink’, 1000 Terawal Dapat Baucer SimplySiti

IMG_5912

Bagi pengguna telefon pintar di abad ini, pastinya sangat mementingkan kecanggihannya bukan? Namun menjadi ‘bonus’ buat anda jika dapat miliki telefon yang tampil lain daripada yang lain.

Telefon pintar paling dikenali ramai, VIVO telahpun melancarkan jenama yang sangat hot, Vivo V15 tapi akhirnya anda boleh dapatkan dengan warna terbaru Blossom Pink!

Efek warna yang sangat gojes!

4

Bukan itu saja, edisi terhad dan sangat gojes ini telah berkolaborasi dengan jenama kosmetik terkenal ‘SimplySiti’ yang dimiliki oleh penyanyi Nombor 1 Malaysia, Dato Sri Siti Nurhaliza.

Dengan kolaborasi ini, 1000 pelanggan pertama yang membeli di mana-mana kedai konsep VIVO berpeluang miliki tawaran hebat. Anda akan menerima baucer SimplySiti RM 50, ia juga boleh gunakan untuk membeli produk terbaru, SimplySiti Red Collection.

Tidak hanya itu, telefon pintar yang mula dijual pada 18 Mei ini boleh didapati dengan hanya RM 1,299 saja. Menariknya lagi, dengan setiap pembelian Vivo V15 Blossom Pink, anda akan dapat hadiah eksklusif iaitu alat penyegar berwarna merah jambu.

Sambil bergaya dengan telefon, boleh cantik sekali!

IMG_6378

Kolaborasi ini cukup memberikan manfaat yang berbaloi-baloi buat pengguna! Namun tambah hebatnya, apabila Vivo V15 Blossom Pink ini juga memiliki spesifikasi yang sama dengan V15.

Telefon pintar gojes ini hadir dengan kamera hadapan 32 megapiksel pertama di dunia yang boleh dinaikkan bagi memberikan pengalaman swafoto super hebat manakala kamera belakang 12MP+8MP+5MP berkuasa AI yang mana boleh menjadikan foto anda sangat cantik.

Bukan itu saja, Paparan Penuh Ultra juga hadir untuk memberikan anda pandangan dan perskpetif yang lebih luas.

Spesifikasi sentiasa terbaik!

IMG_5912

Bila kamera cantik, pasti anda akan mengambilnya banyak kali. Jadi V15 Blossom Pink telah memberikan storan yang besar untuk anda menyimpan koleksi foto OOTD anda.

Dengan telefon pintar ini, bukan sekadar hadir dengan kecanggihan kamera sahaja namun ia juga mempunyai storan memori 6GB RAM dengan ruangan simpanan sebesar 128 GB. Tapi yang paling penting juga, V15 Blossom Pink ini dilengkapi dengan bateri 4,000 mAh.

Buat kaki selfie, anda tidak perlu risau kerana ketahanan bateri ini tidak cepat habis malah jika anda banyak buka aplikasi juga sangat berbaloi untuk dimiliki kerana bateri ini dapat memanjangkan tempoh penggunaan anda.

Ayuh bergaya dengan V15 Blossom Pink!

IMG_6147

Oleh kerana, siri V15 dikenali sebagai telefon pintar Selfie-friendly, disini Vivo Malaysia juga mahu mengingatkan anda terdapat lebih dari RM100,000 dalam bentuk tunai dan hadiah untuk dimenangi dalam pertandingan “Vivo V15Pro Top Influencer- 32MP Perfect Selfie”. Untuk ketahui maklumat lanjut, anda boleh ke laman Facebook Vivo Malaysia.

Tidak hanya itu, terdapat satu lagi peraduan dianjurkan Vivo Malaysia iaitu “PUBG Mobile Malaysia National Championship 2019” (PMNC 2019) dengan jumlah hadiah sebanyak RM114,000 untuk dimenangi. Pendaftaran kini dibuka dan pusingan kelayakan Kuala Lumpur akan diadakan pada 1 Jun 2019 di Sunway Velocity Mall. Bagi butiran lebih lanjut juga, anda boleh ke laman INI.

alif5

“Tak Pernah Pukul Saya..”- Isteri Alif Satar ‘Dedah’ Sikap Baik, Jauh Beza Dengan Zafran!

datuk

“Keduanya Sgt Istimewa.. Allah SWT Mengambil.. Di Bulan Yang Sungguh Mulia..”- Datuk Siti Nurhaliza