in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Pelajar ‘Kantoi’ Makan KFC Percuma Selama Setahun Dengan Menggunakan Taktik Liciknya!

kfc makan free

Jenama restoran segera, KFC sentiasa menjadi pilihan ramai kerana keenakan dan kerangupan ayam gorengnya. Hidangannya turut menjadi kegemaran ramai tidak kira peringkat usia dan bangsa.

BACA: Hampir Disamun Dengan Alasan Ada Kucing Bawah Kereta, Lelaki Ini Mohon Orang Ramai Berhati-Hati!

Terbaru seorang pelajar berusia 27 tahun ditahan pihak berkuasa selepas mendakwa dirinya dari ibu pejabat KFC untuk makan KFC secara percuma.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Datang naik kereta mewah!

Pelajar tersebut pergi ke restoran makanan segera dengan memakai suit dan menaiki limo. Memanglah boleh tertipu! Panjang akal betul pelajar ini.

Pasti ada yang tertanya-tanya mana pula dia dapat duit untuk menyewa kereta mewah (limo) itu bukan? Sebenarnya sahabat dia yang bekerja sambilan sebagai pemandu limo yang membantu menghantarnya.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Alasan periksa kualiti makanan

Taktik pelajar tersebut berjaya memperdaya pekerja di restoran tersebut yang memberinya makanan percuma. Alasan yang diberikan adalah dia mahu memeriksa kualiti makanan di restoran itu.

Malah dia turut menunjukkan kad pengenalan diri dari ibu pejabat dan terus masuk ke dapur memeriksa semua ayam yang sedang dimasak!

Pelajar yang tidak dinyatakan namanya itu sedang menuntut dia University of KwaZulu-Natal di Afrika Selatan.

Berjaya guna taktik sama selama setahun

Dia juga berjaya mengunjungi beberapa cawangan KFC yang berbeza dan menggunakan taktik yang sama dalam tempoh setahun.

Bagaimanapun taktik yang dilakukan pelajar ini akhirnya ‘dihidu’ oleh syarikat ini.

Menurut salah seorang daripada pekerja di KFC, pelajar itu mungkin pernah bekerja di restoran itu kerana dia seakan faham dengan cara kerja di sana.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Ketika dia membuat pemeriksaan di dapur juga memang kelihatan dia sememangnya nampak macam orang dari ibu pejabat.

Dia siap mengambil nota dan membuat pemeriksaan dengan teliti dan cukup yakin sebelum memesan sampel makanan yang dimahukannya.

Bijak betul taktik pelajar ini. Tapi ya lah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Dia akhirnya ditahan polis kerana melakukan perkara itu.

Sumber: ladbible

What do you think?

-93 points
Upvote Downvote
hampir kena samun main

Hampir Disamun Dengan Alasan Ada Kucing Bawah Kereta, Lelaki Ini Mohon Orang Ramai Berhati-Hati!

ok

[FOTO] “Silap Petik Jari, Hilang Duit Raya”- Beraya Gaya Thanos, Ini Reaksi Lucu Netizen!