in ,

Polisi Insurans Buli Pertama Di Dunia Diperkenalkan Syarikat Jepun Bagi Lindungi Pelajar Dari Dibuli

insurans buli di jepun

Bila ada dalam kalangan anak-anak yang dibuli ketika di sekolah, pastinya sebagai ibubapa perasaan risau dan marah itu akan ada. Manakan tidak, emosi anak-anak yang dibuli akan terganggu dan menyebabkan mereka tidak mahu ke sekolah.

BACA: Jualan Murah Hari Raya Punya Pasal, Video Pelanggan Merusuh Masuk Ke Butik Tular Di Sosial Media!

Syarikat pertama perkenalkan polisi insurans buli.

Boleh hilang arah rasanya untuk selesaikan masalah buli di sekolah ini. Namun di Jepun, masalah ini mungkin dapat dielakkan dari terjadi kerana salah sebuah syarikat insurans pertama dari negara itu iaitu Yell memperkenalkan insurans buli.

Menurut kajian Menteri Pendidikan, Budaya, Sukan, Sains di Jepun, sebanyak 410,000 kes buli dilaporkan dalam kalangan pelajar sekolah pada 2017.

Merangkumi yuran perubatan dan bantuan peguam.

Yell menawarkan servis bantuan kewangan bagi kes undang-undang atau yuran perubatan bagi kes buli.

Ibubapa yang membeli insurans ini boleh mendapat nasihat dari syarikat peguam jika mereka mahu mendapatkan tuntutan undang-undang sekiranya anak mereka dibuli.

22092525661_84517d52e5_o

Malah, pihak peguam yang dilantik akan turut membantu dari segi dokumentasi dan pengumpulan bukti.

Yuran rendah.

Insurans buli ini ditawarkan dengan yuran sebanyak $24 (RM100.52) sebulan. Selain itu insurans ini juga menyediakan yuran perubatan sekiranya mangsa mengalami kecederaan akibat dibuli.

Jika polisi insurans ini diterima baik dan memberikan keuntungan kepada syarikat insurans Jepun itu, skim sebegini mungkin akan diikuti oleh syarikat insurans di seluruh dunia.

Sumber: Daily Star

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

rempuhan butik main

Jualan Murah Hari Raya Punya Pasal, Video Pelanggan Merusuh Masuk Ke Butik Tular Di Sosial Media!

IGTV Mod Melintang main

IGTV Kini Boleh Ditonton Secara Melintang. Lagi Syok Layan!