in

CryCry LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

“Siap Ada Background Music!” – Kisah Mohon Cuti Sebab Tiada Air Ini Memang Boleh Buat Berdekah!

cuti takdak air main

Isu ketiadaan air di Selangor ini bagaikan tiada kesudahan. Sesiapa yang pernah alami ketiadaan air di kediaman mereka pasti tahu bagaimana susahnya rasa untuk menjalani kehidupan seharian.

BACA: [VIDEO] “Comelnya!” – Layanan Pemuda Ini Terhadap Ibunya Tarik Perhatian Netizen

Bayangkanlah, aktiviti harian seperti membasuh, memasak dan membersihkan diri sememangnya perlukan air. Lebih-lebih lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas terik ini.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Begitu juga dengan sekumpulan pelajar ini yang rakaman nota suara di dalam group WhatsApp mereka menjadi tular di media sosial. Rakaman yang dikongsikan oleh pengguna Twitter, Ayunuraine ini meraih lebih dari 60,000 tontonan dan hampir 4,000 retweets!

Menerusi kapsyen yang ditulisnya, gadis ini adalah pelajar di salah sebuah kolej swasta di Bangi. Kejadian ketiadaan air di kolej mereka itu menyebabkan rakan sekelasnya mohon kelulusan untuk cuti dari pensyarahnya.

“Miss betul, kitaorang tak tipu takda air. Diorang cakap air pukul 12, tapi takkan ada miss. Saya nak cebuk pun takda air…”

Siap dengan muzik sayu…Memang cukup drama!

Kisahnya tidak terhenti di situ, pelajar terbabit gigih berusaha untuk memujuk pensyarah mereka memberikan cuti supaya dia dapat pulang ke kampung sempena ketiadaan air ini.

Mujurlah akhirnya pensyarah itu memberikan mereka cuti. Tidak sia-sia usaha mereka.

Kreatif dan kelakar betullah budak-budak zaman sekarang ini!

Rata-rata netizen turut terhibur dan meninggalkan komen seperti berikut:

“Wehh, pompuan tu kelakar. Hahahah”

cuti takdak air 1

“Siap ada background music..”

cuti takdak air 2

Sumber: Ayunuraine

senyuman mama main

[VIDEO] “Comelnya!” – Layanan Pemuda Ini Terhadap Ibunya Tarik Perhatian Netizen

alif8

“Apa Pun Yang Diperkatakan, Kami Semua Sayang..”- Luahan Ibu Aliff Aziz Bikin Sebak!