in , ,

Teringin Untuk Memegang Tangan Kekasih Imaginasi Anda? Jepun Ada Penyelesaiannya

page

Jepun memang terkenal dengan teknologi dan inovasi mereka yang kreatif dan pelik. Setiap masalah yang dihadapi orang Jepun, walau kecil mana sekalipun, pasti ada alat yang dapat menyelesaikan kesulitan mereka itu.

BACA: Tampil Dengan ‘Tweet’, Aliff Aziz Nyatakan Hasrat Ingin Rujuk Semula Dengan Bella

Seperti contoh, salah satu alat ciptaan paling baru dari Jepun kali ini direka khas bagi mereka yang mudah berasa sunyi atau lonely, atau untuk orang yang tidak suka bersendirian. Alat ini dicipta dalam bentuk casing iPhone, dengan sambungan tangan 3D yang boleh dipegang atau digenggam pemilik telefon.

1 3 5

Alat yang diberi nama The Nami’s Hand iPhone case itu direka berdasarkan acuan dan model tangan manusia sebenar untuk mendapatkan bentuk dan tekstur kulit yang benar-benar serupa dengan tangan orang hidup.

2

Tujuan produk ini dicipta adalah untuk membuatkan pengguna berasa selesa dan selamat ketika memegang telefon pintar di tangan.

6

Pengeluar produk itu mendakwa tangan palsu itu memang seakan-akan benar, dengan rasa kulit dan isi seperti tangan manusia.

4Terdapat juga versi lelaki yang diberi name the Yamato’s Hand bagi wanita

Ia berharga kira-kira 10,000 yen (RM 384).

 

Sumber: India Times

jep

“Kau Kejam Jep..”- Babak Sepahtu Reunion Ini Viral, Paling Menyentuh Hati Buat Ramai Nangis!

hanis

“Adik Don’t Cry..”- Video Yusuf Tenangkan Adik, Dipuji Bagus Buat Ramai Melting!