in ,

CryCry CuteCute OMGOMG WTFWTF

Tiada Lagi Hiburan Dari ‘Grumpy Cat’, Jutaan Pengikut Di Seluruh Dunia Bersedih

grumpy cat main

Grumpy Cat adalah nama gelaran yang diberikan kepada seekor kucing yang memiliki muka seakan sedang marah. Kucing ini pernah menjadi sensasi di media sosial mati ketika usianya mencecah 7 tahun.

BACA: Bekas Pekerja Hotel 5 Bintang Dedah Kenapa Dia Tidak Akan Menginap Di Hotel!

Berita sedih itu diumumkan sendiri oleh pemiliknya, Tabatha Bundesen pada Jumaat melalui laman Twitter.

Menerusi tweetnya itu, Grumpy Cat dikatakan mati akibat jangkitan kuman pada saluran kencing. Ia menghembuskan nafas terakhir pada Selasa lalu di pangkuan Tabatha.

“Selain menjadi kesayangan dalam keluarga Tabatha, Grumpy Cat juga menjadi penghibur buat jutaan pengikutnya di laman sosial. Semoga semangatnya sentiasa hadir dalam kehidupan peminatnya tidak kira di mana juga kalian berada.”

Berita yang cukup mengejutkan ini membuatkan rata-rata peminatnya membanjiri laman sosial untuk menzahirkan kesedihan mereka.

Nama sebenar yang diberikan Grumpy Cat ialah Tardar Sauce oleh pemilik asalnya kerana saiz dan mimik muka yang dimilikinya kucing itu.

Grumpy Cat mula menjadi selebriti internet pada September 2013 apabila abang kepada Tabatha, Bryan memuat naik foto muka Grumpy Cat di laman web tular, Reddit.

Pengguna pelbagai platform mula mengedit dari gambar asal Grumpy Cat yang dimuat naik itu dan menjadikan kucing itu terkenal di serata dunia.

Selain itu fenomena Grumpy Cat sungguh luar biasa sehingga ia dijadikan subjek utama bagi projek seni.

Ia juga dilantik menjadi ‘spokescat’ untuk jenama makan terkenal untuk kucing, Friskies dan pernah muncul di beberapa rancangan temubual di Amerika Syarikat.

#RipGrumpyCat

Sumber: CNN / Grumpy Cat

What do you think?

0 points
Upvote Downvote
jaa2

[VIDEO] “Kak Jange Capur Kak Saya Tok Reti Beza..”- Jaa Suzuran Jual Tudung, Dipuji Terbaik!

pengasas

Pengasas Dnars Faziani Rohban Meninggal Dunia, Kemalangan Di Thailand