in ,

CryCry CuteCute LoveLove WTFWTF

Tular Majlis Tahlil Di Rumah Penganut Kristian, Ini Kisah Disebaliknya…

Sabah tahlil main

Beberapa hari ini kecoh dengan foto sekumpulan lelaki berkopiah yang sedang berkumpul dengan berlatarbelakangkan tanda simbolik agama Kristian di dinding rumah berkenaan.

BACA: [FOTO] Baju Melayu Rekaan Ala Superhero Untuk Raya Nanti? Jangan Kecam Dulu…

Foto tersebut membuatkan ramai yang tertanya-tanya akan kisah di sebaliknya.

Namun menerusi laporan The Star, foto tersebut adalah sekumpulan ustaz yang sedang mengadakan majlis tahlil di sebuah kediaman milik penganut Kristian di Tuaran, Sabah.

img_4322

Selain itu, foto yang tular di laman sosial itu membuatkan beberapa individu tampil memberikan penjelasan.

Ada yang mendakwa bahawa anak kepada pemilik rumah berkenaan telah memeluk agama Islam dan majlis itu dibuat kerana ada anak mereka itu baru sahaja meninggal dunia.

Hidup Aman Damai Walaupun Berlainan Agama

Malah beberapa pengguna media sosial turut menyatakan perkara sebegini sudah jadi kebiasaan di Sabah dan Sarawak. Agama dan kaum yang berbeza bukanlah penghalang buat mereka hidup dalam aman dan bersatu.

60704580_10214820352690611_3406637303202840576_n_censored

Respek habis dengan ibu bapa sebegini. Benar kasih sayang kekeluargaan tidak akan terputus hanya kerana agama yang dianuti berbeza!

Rata-rata netizen turut memuji keharmonian masyarakat di Borneo ini dengan meninggalkan komen seperti berikut:

“Cuma di Sabah dan Sarawak ada macam ini”

Sabah tahlil 1

“Tak perlu hairan, penduduk Sabah dan Sarawak saling menghormati agama masing-masing”

Sabah tahlil 2

Sumber: The Star/ Sarawak Post

What do you think?

0 points
Upvote Downvote
baju thorraya main

[FOTO] Baju Melayu Rekaan Ala Superhero Untuk Raya Nanti? Jangan Kecam Dulu…

hampir kena samun main

Hampir Disamun Dengan Alasan Ada Kucing Bawah Kereta, Lelaki Ini Mohon Orang Ramai Berhati-Hati!