in

CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

[VIDEO] Lelaki Batal Niat Nak Main Angklung Kejut Bangun Sahur Bila Alat Muzik Itu ‘Bermain Sendiri’. Seram!

angklung berhantu main

Setiap kampung atau daerah ada tradisi tersendiri untuk mengejut penduduk kampung bangun bersahur. Ada yang berarak menaiki motosikal dan ada juga yang bermain peralatan muzik berarak sambil mengejutkan orang sekeliling supaya bangun bersahur.

BACA: “Baguslah Tu. Harap Insaf Lepas Ni” – Angkara Mencuri, Lelaki Ini Dimandikan di Tempat Jenazah!

Setiap orang ada pengalaman tersendiri bagi mengekalkan tradisi ini. Begitu juga dengan seorang pengguna Twitter dari Indonesia ini. Iskandar Mustofa mengamalkan bermain angklung keliling kampung bagi mengejut semua orang bangun sahur.

Batal niat selepas…

Namun apa yang terjadi padanya baru-baru ini membuatkan ramai yang seram! Menerusi video yang dikongsikannya beberapa hari lalu, dia yang sedang mahu mengambil angklung dari sebuah pondok terpaksa membatalkan niatnya.

Siapa pula yang main?

Ini kerana jelas kedengaran bunyi alat muzik itu dari dalam pondok berkenaan yang tidak tahu dimainkan oleh ‘siapa’. Kalau korang pun, mungkin tidak akan buka pun pintu itu agaknya.

Memang boleh tegak bulu roma! Persoalannya ‘siapa’ pula yang bermain alat muzik itu?

Video tersebut mendapat perhatian ramai dengan lebih daripada 42,000 perkongsian dan 887,000 tontonan!

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi berikut di ruangan komen:

“Zaman sekarang hantu lagi berbakat daripada manusia”

angklung berhantu 1

Ada juga yang bertanyakan tentang syaitan yang diikat di bulan puasa.

angklung berhantu 2

Sumber: topha22

What do you think?

1 point
Upvote Downvote
bella2

“Moving On With My Little Soldier”- Ini Kapsyen Panjang Bella Astillah, Netizen Minta Kuat!

[VIDEO] Setiap malam buka video GTR berlumba, isteri hadiahkan Nissan Gtr buat suami !