in

[VIDEO] “Pecah Perut Aku Gelak”- Alasan Pelajar Ini Tak Siap Kerja Rumah Memang ‘Win Teruk’!

alasan xsiap keje sekolah main

jika hendak diimbau zaman masa sekolah memang macam-macam perkara boleh muncul. Dari pengalaman pahit, manis, kelakar dan lain-lain lagi pasti buatkan diri tersenyum bila mengingatkannya kembali.

BACA: [VIDEO] Raih Lebih 300K Tontonan, Netizen Terhibur Dengan Gelagat Gadis Ini Bila Ternampak ‘Pocong’!

Antara perkara biasa yang terjadi dalam kalangan pelajar sekolah adalah apabila kerja rumah yang guru berikan tidak siap. Memang boleh ‘cuak’ habis ya! Mulalah terfikir macam-macam alasan untuk diberikan kepada guru.

Klip dari drama ‘Gostan’

Baru-baru ini tular satu klip video dipercayai diambil dari drama ‘Gostan’ ditayangkan di Astro. Video tersebut memaparkan seorang pelajar yang tidak siap kerja rumahnya dan mencipta alasan.

Video berdurasi kurang seminit itu raih hampir 300,000 tontonan dan lebih dari 36,000 retweets selepas dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter.

Di awal video itu kedengaran guru wanita meminta pelajarnya mengeluarkan kerja rumah yang diberikannya semalam.

Alasan tak siap kerja rumah paling ‘win’!

Tiba-tiba salah seorang dari pelajarnya bangun dari kerusi dan bertanyakan satu soalan kepada gurunya itu.

“Saya nak tanya patut ke kita kena hukum atas apa yang kita tak buat?” soal pelajar itu.

“Aeh kalau kita tak buat apa-apa, mana boleh kena hukum. Kalau awak tak buat, maknanya awak tak salah,” jawab guru itu.

Tapi sebenarnya itu adalah alasan utama pelajar itu tidak siap kerja rumah yang diberikan!

Korang boleh tonton rakaman itu di bawah ini:

Memang ‘win’ betul alasan yang pelajar ini bagi!

Rata-rata netizen meninggalkan komen mereka seperti berikut:

“Asal kita tak fikir macam ni dulu?”

alasan xsiap keje sekolah 2

“Gelak-gelak apa? Pecah perut aku gelak!”

alasan xsiap keje sekolah 1

Sumber: AkmaalHakim

rafi

“Rindu Time Dye Kecik..”- Wajah Pelakon ‘Diari Ramadhan Rafique’ Jadi Perhatian Ramai

fatin

“Adakah Yg Ini Dikatakan Bidadari Syurga..”- Fatin Afeefa Pula Terima Komen ‘Bersemut’ Netizen!